GLAM Deko Trend – Cetakan Ikonik Dolce & Gabbana buat SMEG
Memilih tema Sicily is my Love, kolaborasi antara jenama Dolce & Gabbana bersama peralatan elektrik terkenal SMEG membawakan seleksi perkakasan dapur yang ceria dengan balutan paten-paten rona terang untuk menghiasi kediaman anda. Jika tahun lalu menyaksikan jenama ini hadir dengan rekaan untuk peti sejuk, kini mereka membawakan pula produk lain yang turut dihiasi oleh cetakan signatur pentas peragaan yang sememangnya memikat pencinta fesyen dan dekorasi di seluruh pelusuk dunia.
Alat pembakar roti, pemerah jus sitrus, cerek elektrik, pengisar makan, pengadun juga pemerah jus secara perlahan (slow juicer) dihias indah dengan gabungan motif lemon kuning keemasan, buah-buahan sitrus, pir juga ceri merah yang merupakan dekorasi tipikal rakyat Sicily yang dibingkaikan dalam bingkai segi tiga yang dikenali sebagai crocchi. Lebih menarik lagi dengan motif flora yang diinspirasikan daripada pesisir pantai dan lanskap dari selatan Itali dan pemandangan indah Gunung Etna.
Sicily merupakan tempat asal kedua pereka buat jenama Dolce & Gabbana yakni Domenico Dolce dan Stefano Gabbana. Bagi Smeg pula, Itali merupakan lokasi penghasilan antara menu-menu terbaik dunia menjadikan jenama ini lebih rapat dan berkongsi persamaan dengan motif yang dipilih oleh kedua pereka Dolce & Gabbana ini.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya Anda?
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis Vuitton Color Blossom
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk Haruman
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
Apr 21, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sarat Makna!
Apr 21, 2026

