GLAM Deko Kediaman – Wardina
Teks : Nadia Zolkifli
Gambar : Wan Izhar (One Digital Solution)

Selebriti dan personaliti televisyen, Wardina Safiyyah berpindah masuk ke lot tepi kediaman teres dua tingkat ini sejak 2013. Melalui proses ubah suai seratus peratus, kediaman ini dikelolakan sepenuhnya oleh suami tercinta, Ar. Ikhwan Johari. Kata Ikhwan, “Segalanya diubah, termasuklah pintu masuk utama. Kediaman ini banyak bermain keluk kerana ingin mencipta ruang dan privasi pada satu-satu masa. Ini kerana Wardina sentiasa menerima tetamu. Setiap ruang dipisahkan menerusi binaan pintu gelongsor mahupun panel fabrik. Dalam masa sama, kami tidak mahu wajah kediaman dari luar kelihatan terlalu menonjol. Oleh itu, kami cuba mengimbanginya.”
Kediaman ini memiliki lapan campur satu kamar termasuklah, dua kamar belajar, satu kamar tetamu, satu kamar pembantu, ruang solat, dapur, ruang makan dan empat kamar beradu. Siap dalam tempoh dua tahun, Ikhwan turut mendedikasi binaan courtyard di antara dapur dan ruang makan utama.
Bagi kemasan lembut dan fabrik kediaman, Wardina mendapatkan khidmat rundingan dari Elyza’s Home. Kata Wardina, “Selain mampu menyediakan rekaan set sempurna mengikut kehendak pengguna, sistem teknologi tirai yakni Ripplefold dan Flexifold sungguh moden dan memudahkan kehidupan semasa.
Pilihan Bacaan Seterusnya
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relevan
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muziknya
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa Pada Diri
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears Prada 2
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears Prada
Apr 22, 2026

