Penyatuan Shuib & Watie Hanifiah Mendapat Tajaan Hampir RM2 Juta
“Dreams Do Come True” – Ernie Zakri Hiasi Billboard Times Square New York
Putera William & Putera George Langgar Peraturan Perjalanan Diraja
Senarai Penuh Pemenang Golden Globes 2024
GLAM DEKO Ogos/Sep 2014
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Wajah Baharu Rozel Seremban

Wajah Baharu Rozel Seremban

Jenama perabot premium terkemuka tanah air, Rozel membuka semula pintu ruang pamerannya di Bandar Seremban. Bilik pameran yang berwajah baharu kini tampil dengan facade hadapan bangunan berkaca. Lalu menyelubungi ruang paparan nan elegan.

Berpunya empat tingkat dengan konsep dalaman siling tinggi dari lantai ke siling, ruang pameran Rozel berwajah baharu ini mengambil lokasi di 24, Wisma Gan Tam, Jalan Tuanku Munawir, 70000 Seremban. Membingkiskan pandangan yang memesonakan baik dari luar atau dalam ruang pameran, keluasan ukurannya bertambah dari 8,000 kaki persegi kepada 30,000 kaki persegi. Wajah Baharu Rozel Seremban 02
Bertitik tolak dari itu; setiap rincian ruangan mahupun himpunan perabot yang terpamer dari balik kaca ruang pameran, kini terlihat di seluruh sisi bangunan. Dengan peningkatan ruang pameran yang jauh lebih luas, ia dapat memberi peluang yang lebih baik bagi pelanggan serta pemuja Rozel untuk melihat himpunan perabot berkualiti dengan lebih jelas. Sekali gus, mengimbangi pengalaman mewahnya di bilik pameran yang lebih baik. Wajah Baharu Rozel Seremban 03 Rozel yakini pengalaman pelanggan adalah kunci untuk melebihi jangkaan pengunjung. Oleh itu, Rozel menciptakan suasana serta pengalaman ruang pameran yang konsisten, selesa dan mewah di semua titik sentuh bagi mengungguli standard pelanggan. Bilik pameran dibuka setiap hari waktu bekerja dari 10:00 pagi sehingga 8:00 malam. Manakala pada hujung minggu serta cuti umum pula, pintu ruang pamerannya dibuka pada 10:00 pagi sehingga 9:00 malam. Wajah Baharu Rozel Seremban 04 Tidak hanya memperluaskan himpunan produknya dari rangkaian sofa tunggal, jenama perabot premium terkenal tanah air ini terus memenuhi segenap ruang kediaman idaman dari laman tamu, ke ruang makan dan kamar tidur. Rozel sudah memperlihatkan pelbagai koleksi dari siri Gen R, siri Emas, koleksi Signature, koleksi Gaya Hidup dan Maxiflex Mattress yang kini terpamer indah dari balik kaca ruang pamerannya di Seremban. Pautan berkaitan: Feels Like Home Bersama H&M HOME