Related Stories
Home > Gaya Hidup > Volvo EX30 Kini Di Malaysia Dengan Teknologi Dan Keselamatan Yang Canggih
Volvo EX30 Kini Di Malaysia Dengan Teknologi Dan Keselamatan Yang Canggih
By
Zahirah Zulkhairi
Zahirah Zulkhairi
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandun...
Read Full Bio|
Oct 02, 2024
Volvo EX30, kereta elektrik terbaru daripada Volvo kini telah dilancarkan di Malaysia. Padat dengan teknologi dan padat dengan keselamatan, EX30 merupakan ikon terbaharu dalam visi Volvo untuk memberi pelanggan kebebasan bergerak secara peribadi, lestari dan selamat.
Volvo Car Malaysia telah menganjurkan pameran pelancaran dan sesi pandu uji pada Khamis, 26 September hingga Ahad, 29 September di KL Base, Sungai Besi. Pada pameran pelancaran tersebut, pengunjung telah melihat sendiri Volvo EX30 baharu dengan lebih dekat dan mengenai ciri-ciri, teknologi, dan prestasi kereta ini.
Pelanggan mempunyai pilihan warna luaran Cloud Blue, Vapour Grey, Crystal White, dan Onyx Black, dengan warna unik Moss Yellow yang diilhamkan oleh lumut yang tumbuh di sepanjang pantai barat Sweden. Warna Moss Yellow tersedia secara eksklusif untuk varian Ultra untuk tempoh terhad di Malaysia.
Pereka Volvo menitik beratkan kepentingan setiap detik, dari segi idea, reka bentuk, pilihan bahan, pengiraan dan ujian untuk membuat kereta yang dimaksudkan untuk setiap perjalanan. EX30 dilengkapi dengan Safe Space Technology Volvo dan sistem bantuan pemandu canggih yang dikongsi dengan kereta terulung Volvo, didayakan oleh radar, sensor ultrasonik, dan kamera yang terletak di sekeliling.
Volvo EX30 juga merupakan kereta pertama yang menyertakan generasi baharu ciri Park Pilot Assist yang boleh menangani ruang parkir selari, melengkung, tegak, dan serong. Park Pilot Assist boleh mengenal pasti ruang parkir yang tersedia dan mengambil alih kawalan pecutan, brek dan stereng untuk mengendalikan kereta.
Reka bentuk fokus bandarnya ditujukan untuk generasi baru pemilik Volvo yang tinggal atau berulang-alik di bandar, menghargai gaya dan kelestarian, serta mempunyai gaya hidup aktif yang memerlukan pemanduan praktikal dan mudah. Saiz EX30 yang mesra bandar memudahkan navigasi di jalan-jalan bandar yang sibuk dan ruang parkir yang sempit, manakala bonet rendah, lampu depan dan fender yang lebar, roda besar, serta 171 mm jarak dari tanah menambah rupa yakin yang tidak kelihatan janggal di mana-mana.
EX30 menawarkan kabin yang bersih dan minimalis yang dipertingkatkan dengan lima tema cahaya ambien dalaman. Untuk pengalaman lebih imersif, pemilik boleh memadankan setiap tema pencahayaan dengan suasana bunyi ambien. Ia juga merupakan kereta Volvo pertama yang memperkenalkan sistem bunyi Harman Kardon Premium Sound dalam unit bar bunyi tunggal. Diilhamkan oleh reka bentuk audio rumah, bar bunyi ini menjimatkan ruang di pintu hadapan sambil mengurangkan berat dan bahan tanpa mengurangkan kualiti audio yang tinggi.
Ia adalah satu-satunya SUV sub-kompak dengan Google Built-in, kini dipertingkatkan dengan Apple AirPlay tanpa wayar untuk sambungan lancar. Ia juga dilengkapi dengan aplikasi khusus yang boleh digunakan untuk mengunci dan membuka kereta, menetapkan tahap pengecasan elektrik, dan mengurus tetapan dari jauh.
Setiap langkah dalam mereka bentuk EX30 memberi impak yang signifikan terhadap cita – cita kelestarian Volvo dan perjalanan elektrifikasinya. Dengan menangani pelepasan sepanjang pengeluaran dan kitaran hayat kereta serta penggunaan bahan kitar semula atau boleh diperbaharui, Ia direka untuk mempunyai jejak karbon terendah dalam sejarah kereta Volvo. Bahagian dalam EX30 diilhamkan oleh alam semula jadi, dengan reka bentuk minimalis Scandinavia yang bersih sambil mengekalkan rupa dan rasa premium. Semua varian untuk Malaysia hadir dengan dalaman Indigo yang sporty menampilkan tekstil denim, upholsteri yang diperbuat daripada 100 peratus poliester, dan Nordico dengan kandungan PET, semuanya menggunakan bahan dikitar semula. Manakala bahan plastik diperbuat daripada 30 peratus kandungan kitar semula.
EX30 ialah kenderaan elektrik penuh terbaharu Volvo Car Malaysia yang bakal dipasang secara tempatan bermula 2025. Harganya bermula dari RM188,888 untuk EX30 Plus, RM208,888 untuk EX30 Ultra, dan RM228,888 untuk EX30 Ultra Twin Performance. Pelanggan di Sabah dan Sarawak boleh mendapatkan varian tersebut pada harga RM188,648, RM208,648 dan RM228,648 untuk setiap varian berbeza.
Seperti setiap model elektrik penuh Volvo, EX30 datang dengan lima tahun Pelan Servis Volvo (VSP), perkhidmatan digital, bantuan tepi jalan 24 jam, serta jaminan kenderaan tanpa had jarak perjalanan. Untuk ketenangan minda pengguna, bateri voltan tinggi dijamin selama lapan tahun.
Lebih menarik lagi, pameran pelancaran telah dimeriahkan dengan kehadiran Yaya Zahir, Qalisha Ray dan Julie Anne Kang. Mereka antara yang pertama merasai pengalaman memandu uji Volvo EX30. Pada pameran tersebut, mereka juga telah menyertai Experiential Drive di mana, mereka telah berpeluang untuk mengalami sendiri ciri-ciri teknologi dan keselamatan Volvo EX30. Selepas itu, mereka telah dibawa ke sesi Performance Drive di mana mereka telah merasai sendiri pecutan pantas dan pengendalian dinamik EX30 di landasan Lapangan Terbang Sungai Besi. Volvo EX30 ditawarkan dalam tiga varian di Malaysia, dua versi Single Motor Extended Range Plus dan Ultra, serta versi Ultra Twin Performance motor berkembar. Ia mempamerkan pecutan terpantas bagi mana-mana kereta Volvo setakat ini. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan teknologi terkini termasuk sistem parkir automatik, antara muka intuitif dengan Google Built-in, sistem Pilot Assist yang dinaik taraf dan kesedaran sekeliling 360° yang lebih selamat dan dibantu oleh kamera, sensor dan radarnya.
Pelanggan mempunyai pilihan warna luaran Cloud Blue, Vapour Grey, Crystal White, dan Onyx Black, dengan warna unik Moss Yellow yang diilhamkan oleh lumut yang tumbuh di sepanjang pantai barat Sweden. Warna Moss Yellow tersedia secara eksklusif untuk varian Ultra untuk tempoh terhad di Malaysia.
Selamat Secara Pintar
Pereka Volvo menitik beratkan kepentingan setiap detik, dari segi idea, reka bentuk, pilihan bahan, pengiraan dan ujian untuk membuat kereta yang dimaksudkan untuk setiap perjalanan. EX30 dilengkapi dengan Safe Space Technology Volvo dan sistem bantuan pemandu canggih yang dikongsi dengan kereta terulung Volvo, didayakan oleh radar, sensor ultrasonik, dan kamera yang terletak di sekeliling.
Volvo EX30 juga merupakan kereta pertama yang menyertakan generasi baharu ciri Park Pilot Assist yang boleh menangani ruang parkir selari, melengkung, tegak, dan serong. Park Pilot Assist boleh mengenal pasti ruang parkir yang tersedia dan mengambil alih kawalan pecutan, brek dan stereng untuk mengendalikan kereta.
Dipersonalisasi untuk Kehidupan
Reka bentuk fokus bandarnya ditujukan untuk generasi baru pemilik Volvo yang tinggal atau berulang-alik di bandar, menghargai gaya dan kelestarian, serta mempunyai gaya hidup aktif yang memerlukan pemanduan praktikal dan mudah. Saiz EX30 yang mesra bandar memudahkan navigasi di jalan-jalan bandar yang sibuk dan ruang parkir yang sempit, manakala bonet rendah, lampu depan dan fender yang lebar, roda besar, serta 171 mm jarak dari tanah menambah rupa yakin yang tidak kelihatan janggal di mana-mana.
EX30 menawarkan kabin yang bersih dan minimalis yang dipertingkatkan dengan lima tema cahaya ambien dalaman. Untuk pengalaman lebih imersif, pemilik boleh memadankan setiap tema pencahayaan dengan suasana bunyi ambien. Ia juga merupakan kereta Volvo pertama yang memperkenalkan sistem bunyi Harman Kardon Premium Sound dalam unit bar bunyi tunggal. Diilhamkan oleh reka bentuk audio rumah, bar bunyi ini menjimatkan ruang di pintu hadapan sambil mengurangkan berat dan bahan tanpa mengurangkan kualiti audio yang tinggi.
Ia adalah satu-satunya SUV sub-kompak dengan Google Built-in, kini dipertingkatkan dengan Apple AirPlay tanpa wayar untuk sambungan lancar. Ia juga dilengkapi dengan aplikasi khusus yang boleh digunakan untuk mengunci dan membuka kereta, menetapkan tahap pengecasan elektrik, dan mengurus tetapan dari jauh.
Elektrik yang Mampan
Setiap langkah dalam mereka bentuk EX30 memberi impak yang signifikan terhadap cita – cita kelestarian Volvo dan perjalanan elektrifikasinya. Dengan menangani pelepasan sepanjang pengeluaran dan kitaran hayat kereta serta penggunaan bahan kitar semula atau boleh diperbaharui, Ia direka untuk mempunyai jejak karbon terendah dalam sejarah kereta Volvo. Bahagian dalam EX30 diilhamkan oleh alam semula jadi, dengan reka bentuk minimalis Scandinavia yang bersih sambil mengekalkan rupa dan rasa premium. Semua varian untuk Malaysia hadir dengan dalaman Indigo yang sporty menampilkan tekstil denim, upholsteri yang diperbuat daripada 100 peratus poliester, dan Nordico dengan kandungan PET, semuanya menggunakan bahan dikitar semula. Manakala bahan plastik diperbuat daripada 30 peratus kandungan kitar semula.
EX30 ialah kenderaan elektrik penuh terbaharu Volvo Car Malaysia yang bakal dipasang secara tempatan bermula 2025. Harganya bermula dari RM188,888 untuk EX30 Plus, RM208,888 untuk EX30 Ultra, dan RM228,888 untuk EX30 Ultra Twin Performance. Pelanggan di Sabah dan Sarawak boleh mendapatkan varian tersebut pada harga RM188,648, RM208,648 dan RM228,648 untuk setiap varian berbeza.
Seperti setiap model elektrik penuh Volvo, EX30 datang dengan lima tahun Pelan Servis Volvo (VSP), perkhidmatan digital, bantuan tepi jalan 24 jam, serta jaminan kenderaan tanpa had jarak perjalanan. Untuk ketenangan minda pengguna, bateri voltan tinggi dijamin selama lapan tahun.
Pelanggan juga boleh mula membuat pesanan secara dalam talian di www.volvocars.com/my/cars/ex30-electric atau melawat bilik pameran Volvo terdekat. Untuk maklumat lanjut mengenai Volvo EX30, layari www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook di bit.ly/VolvoMY-FB dan Instagram di bit.ly/VolvoMY-IG.View this post on InstagramA post shared by GLAM Malaysia (@glammalaysia)
See Also
Nabila Huda Positif Covid-19 Buat Kali Kedua
DATIN X: Positif Covid-19, Pecah Tembelang Dato’ Seri Berbini Dua
10 Selebriti Popular Ini Merupakan Peminat BTS
Erwin Dawson Selamat Disatukan Dengan Gadis Pilihan Hati
GLAM FIRST: Platform Kecantikan Berkonsepkan Co-Working Pertama di Malaysia
Johnny Depp Angkat Kisah Hidup Amedeo Modigliani Ke Layar Perak![]()
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sa...
BY Izzati Hailizam
Apr 21, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Deepika Padukone Umum Hamil Anak Kedua
BY Julia Azman
Apr 20, 2026
Kata Hati, Filem Cinta Antara Selebriti Dan Pemand...
BY Izzati Hailizam
Apr 17, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
