Skarf Hermès Diangkat Sebagai Lambang Kemewahan
Rumah fesyen Hermès kini menghampiri usia 200 tahun sejak ia ditubuhkan pada tahun 1837, namun kuasa dan pengaruhnya sebagai sebuah jenama mewah tidak pernah pudar daripada industri fesyen yang pesat ini. Berpaksikan kemewahan dan glamor, antara item Hermès yang menjadi kegemaran ramai adalah skarf mereka yang kini dianggap sebagai simbol kemewahan seseorang.
Segalanya bermula 100 tahun selepas Hermès mencipta nama mereka dengan kelahiran skarf 'Omnibus' a.k.a Carré Hermès sebagai rekaan skarf pertama mereka untuk ditawarkan kepada dunia fesyen. Memakan masa hampir dua tahun untuk disempurnakan, skarf ini memberikan tumpuan terperinci kepada grafik, ukiran, pewarna, rolling, hingga ke pembungkusan dan penghantaran ke stor di Lyon. Proses penghasilan yang rumit dan teliti ini juga merangkumi penghasilan 10 rona berbeza daripada 40 'ibu warna' dan juga 70 ribu palet warna. Ini juga bermakna setiap silk screen yang diukir harus dibuat secara berasingan dan boleh memakan masa hampir 500 ke 800 jam secara keseluruhan.
[envira-gallery id="82167"]
Bersempena dengan kelahiran GLAM Hijab isu pertama, GLAM kongsikan tiga tips berguna untuk anda menggayakan skarf Hermès anda:
Pemakaian dress maksi bersama turtle neck terlalu ringkas? Tambahkan elemen unik pada bahu dengan menggabungkan dua skarf Hermès dengan mengikat hujung skarf. Perkemaskan jatuhan fabriknya dan pastikan warna skarf dan dress anda diselaraskan dengan baik dan tampak mewah.

Artikel Berkaitan
Hijab Ikon: Sofia Arissa Jadi Suara Wanita Moden
Hijab Ikon: Perjalanan Sharifah Rose Menjadi Wanit...
GLAM Hijab: 5 Jenama Telekung Mewah Untuk Ibu ...
Hijab Ikon: Mira Filzah Inspirasi Gaya Wanita Musl...
Hijab Ikon: Anzalna Nasir Miliki Daya Tarikan Semu...
GLAM Hijab: 5 Jenama Tudung Lokal Perlu Ada Dalam ...
Hijab Ikon: Pesona Sopan Nora Danish Berhijab, Ins...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Kuala Lumpur
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sentiasa Tegang & Awet Muda?
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Agassi Revano
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Bila ‘Drive Safe’ Tidak Lagi Kedengaran Biasa…
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
