Skarf Hermès Diangkat Sebagai Lambang Kemewahan
Rumah fesyen Hermès kini menghampiri usia 200 tahun sejak ia ditubuhkan pada tahun 1837, namun kuasa dan pengaruhnya sebagai sebuah jenama mewah tidak pernah pudar daripada industri fesyen yang pesat ini. Berpaksikan kemewahan dan glamor, antara item Hermès yang menjadi kegemaran ramai adalah skarf mereka yang kini dianggap sebagai simbol kemewahan seseorang.
Segalanya bermula 100 tahun selepas Hermès mencipta nama mereka dengan kelahiran skarf ‘Omnibus’ a.k.a Carré Hermès sebagai rekaan skarf pertama mereka untuk ditawarkan kepada dunia fesyen. Memakan masa hampir dua tahun untuk disempurnakan, skarf ini memberikan tumpuan terperinci kepada grafik, ukiran, pewarna, rolling, hingga ke pembungkusan dan penghantaran ke stor di Lyon. Proses penghasilan yang rumit dan teliti ini juga merangkumi penghasilan 10 rona berbeza daripada 40 ‘ibu warna’ dan juga 70 ribu palet warna. Ini juga bermakna setiap silk screen yang diukir harus dibuat secara berasingan dan boleh memakan masa hampir 500 ke 800 jam secara keseluruhan.
[envira-gallery id=”82167″]
Bersempena dengan kelahiran GLAM Hijab isu pertama, GLAM kongsikan tiga tips berguna untuk anda menggayakan skarf Hermès anda:
1. Item Penyelamat Buat Penggemar Turban
Selain mengikat skarf sebagai turban, juga boleh dijadikan alternatif bagi menutup leher. Pakai selendang rona polos sebagai asas turban di kepala. Kemudian gulung atau lipat (tiga inci) memanjang skarf sutera Hermès, mulakan bahagian pembahagi untuk menutup bahagian ubun-ubun dan tarik hingga bahagian belakang leher. Pusing kedua ekor kiri dan kanan untuk dikemaskan bagi menutup bahagian leher anda. Sematan kerongsang berlian sebagai pemanis.
1. Item Penyelamat Buat Penggemar Turban
Artikel Berkaitan
Hijab Ikon: Sofia Arissa Jadi Suara Wanita Moden
Hijab Ikon: Perjalanan Sharifah Rose Menjadi Wanit...
GLAM Hijab: 5 Jenama Telekung Mewah Untuk Ibu ...
Hijab Ikon: Mira Filzah Inspirasi Gaya Wanita Musl...
Hijab Ikon: Anzalna Nasir Miliki Daya Tarikan Semu...
GLAM Hijab: 5 Jenama Tudung Lokal Perlu Ada Dalam ...
Hijab Ikon: Pesona Sopan Nora Danish Berhijab, Ins...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
