Diari Foto Tony Eusoff

Teks: Johan Kassim

9

Gambar: Koleksi Instagram Tony Eusoff

MINATNYA YANG MENDALAM TERHADAP DUNIA FOTOGRAFI DITERJEMAHKAN MENERUSI PAPARAN GAMBAR INSTAGRAM-NYA. TONY EUSOFF, AKTOR BERBAKAT BESAR, BERKONGSI ASPIRASI, TEKNIK SERTA ‘MATA’ FOTOGRAFI YANG DIMILIKI.

Luar biasa! Perkataan paling sempurna menggambarkan koleksi foto karya Tony Eusoff menerusi akaun Instagram-nya. Saya terpesona. Dan tentunya peninggal komen tidak henti memuji betapa hebatnya dia berkarya. Sebagai pengikut tegar Instagram-nya, saya kagum dengan teknik gambar yang diambilnya. Berbeza dengan selebriti lain, Tony lebih gemar merakam imej yang mengandungi karakter tersendiri. Subjek yang dipilih haruslah menguja serta menarik perhatiannya seperti alam sekitar. Katanya, “Semasa baru berjinak menggunakan aplikasi Instagram, subjek pertama yang saya suka adalah seperti bunga-bungaan, tasik, horizons, objek dan figura manusia. Kesemua subjek ini dipilih mengikut rasa saya waktu merakamkannya. Dan ia kekal menjadi subjek kegemaran saya sehingga hari ini. Apa-apa sahaja yang dirasakan menarik akan saya rakamkan.”

Gambar: Koleksi Instagram Tony Eusoff

“Mengapa minat ber-Instagram?” Kongsinya, “Saya memang minat mengambil gambar. Fotografi adalah hobi saya. Tetapi untuk mendalami dan mengembangkan minat dalam bidang fotografi menelan kos tinggi. Dan juga mencari ruang untuk menyimpan koleksi gambar turut menjadi masalah besar bagi saya. Jadi aplikasi Instagram memberi peluang saya meneruskan minat dan menonjolkan bakat dalam bidang fotografi. Oleh itu, saya ciptakan Instagram sebagai medium diari foto, di mana saya boleh berkongsi dengan seluruh dunia. Tambahan pula, saya tidak perlu berbelanja sesen pun untuk menggunakan filter!”

“Apa pula inspirasi Tony kala mengambil gambar?” Tony menjawab, “Benda-benda yang kita lihat setiap hari tetapi tidak diberi perhatian adalah subjek kegemaran saya. Seperti contoh, pantulan pada air, serangga, struktur bangunan atau pemandangan matahari terbenam. Menariknya tentang Instagram, ia tidak memerlukan sebarang peraturan teknik bergambar. Jadi setiap imej yang diambil akan di edit mengikut tindak balas emosi ketika itu. Tiada peraturan. Just the way I like it.”

 

Mengimbas semula diari foto Tony, subjek paling jelas adalah alam semula jadi dan panorama indah. Mengapa? Jelasnya, “I’m a nature boy. Saya membesar di kawasan kampung di Kuching, Sarawak. Di situ ada gunung-ganang, sungai, lapangan sawah padi, dusun tanaman jagung dan komuniti penduduk yang hidup bertunjangkan sumber-sumber di situ. The idea is to use only what you need. Walau bagaimanapun, kesemua ini mungkin akan hilang sedekad lagi. Sad but true. Bagi imej struktur bangunan pula, kebanyakannya saya belajar mendapat syot terbaik ketika pengajian di universiti. This has inevitably resulted in my equal fondness for both nature and man-made wonders. Panorama pula adalah kerana keindahan sesuatu perkara itu hanya bisa dilihat secara keseluruhannya.”

“Bagaimana Tony ada ‘mata’ untuk merakam foto-foto indah? How do you know which angle is the best?” Katanya lagi, “Mudah. Saya hanya perlu fokus dan terus ambil beberapa syot yang diperlukan. Kemudian saya akan edit lebih kurang lima minit sehingga 15 minit untuk menentukan filter yang sesuai digunakan. Angle pula memberi perspektif yang berbeza dalam sesebuah gambar. Tetapi saya juga pernah terpaksa beraksi pelik demi mendapatkan sudut syot yang terbaik.” Selain daripada subjek alam sekitar, Tony turut gemar memuat turunkan imej anjing peliharaannya, Baileys. “Nama ‘Baileys’, diambil daripada nama minuman asal Ireland. He’s a smart little pet. Baileys adalah anjing terlatih dan gagah. Dia berkarakter dan secara kebetulan Baileys sangat fotogenik! And who doesn’t like fluffy furry friends?”

“Punya sebarang momen manis kala mengambil gambar?” “I love beaches like a little boy loves ice-cream. Kesemua gambar percutian saya tidak boleh dilupakan. They help me remember the bliss in times of sorrow.” Sebelum mengakhiri perbualan, Tony memberitahu ‘go out and expect nothing’ adalah cara terbaik dia meluahkan kreativitinya. “Anda akan lebih teruja dengan hasil akhir melalui teknik ini. Ketidaktentuan akan merangsang emosi dan kreativiti anda. Just be prepared to be awed by anything in your path.”

POST A COMMENT