Ikonik: Irama Dan Gaya Prince

Maestro muzik. Ikon stail. Seniman glam tiada bandingan.
 
Tanpa diduga, artis eksentrik Prince, 57, telah meninggal dunia di Paisley Park Studios semalam. Berita amat mengejutkan ini bagai sukar untuk diterima oleh peminat dan rakan-rakan pemuzik. Apatah lagi tatkala ramai yang masih berkabung akan pemergian David Bowie Januari lepas.
 
Dalam dunia pop dan rock, Prince – bersama Michael Jackson dan Madonna – berada dalam kelas tersendiri. Legenda moden yang telah merevolusikan landskap musik, baik dari segi bunyi, visual mahupun provokasi, sepanjang era ’80-an. They were pop royalty, the biggest stars in the world! Dan pengaruh mereka bergema hingga ke hari ini.
 
Irama muzik eklektik Prince berakarkan the Minnessota sound, paduan pelbagai genre pop, rock, funk, R&B, hip hop, juga disko dan jazz. Lagu-lagu seperti Raspberry Beret, When Doves Cry, The Most Beautiful Girl in the World dan 1999 merupakan lagu klasik moden yang masih menyengat hari ini. Sudah tentu, rasa pilu mengiringi penghayatan lagu-lagu ini sekarang. Tanpa Prince, artis-artis seperti Beck, Janelle Monae, Beyonce dan The Weeknd tak mungkin tergerak untuk bereksperimentasi dengan muzik sebagaimana beliau.
 
Selain daripada muziknya, Prince juga dikagumi kerana mempunyai imej peribadi yang – senang cerita – sangat berani! Aneka sut berwarna garang, seluar high-waisted yang ketat, bodysuit glamor, blaus longgar yang romantik, eksplorasi fabrik dan ekspresi pemakaian pelbagai corak – seperti David Bowie sebelumnya, Prince mencabar ideologi maskulin/feminin dalam bergaya. Sekejap androgynous, sekejap macho. Yang pastinya, sentiasa unik dan penuh inspirasi.
 
Sebagai tribute kepada ikon pop culture ini, GL membariskan beberapa pengaruh stail Prince dalam koleksi fesyen lelaki musim Bunga/Panas 2016. Thank you for the music and the passion, our Purple Prince.
 

 
 

POST A COMMENT