Izzue Islam

IzzueIslam

Ramai yang menyangka perkahwinan akan melumpuhkan kerjaya seseorang selebriti, namun begitu berlainan pula senarionya dengan pemenang anugerah Pelakon Harapan Terbaik di Anugerah Festival Filem Malaysia ke 25, Izzue Islam. Pada usia 23, ramai anak teruna berlumba-lumba untuk berjayadalam kerjaya yang diceburi, tetapi Izzue pula menyatakan kesediaan mengemudi bahtera rumah tangga bersama gadis pilihannya Aween Nurin.

IzzueIslam3

“Kami sudah lama kenal. Lebih kurang lima tahun. Apa lagi yang kita mahu kejar dalam hidup? Tambahan bagi saya, berkahwin itu sebahagian daripada tuntutan hidup dan saya wajib laksanakan.”
 
Bagi Izzue, perkahwinan memberi peluang kepada lelaki untuk menjadi lebih stabil, bukan sahaja dari segi kewangan tetapi juga tanggungjawab. Tidak menjadi masalah untuknya bekerja keras selepas berkahwin kerana Aween adalah pengurusnya sendiri.
 
IzzueIslam4

“Dia banyak membimbing dan membentuk saya. Dialah yang membawa saya ke hulu ke hilir untuk casting dan menemani saya di lokasi. Susah senang, kami bersama.”
 
Kini, setelah digandingkan dengan Tiz Zaqyah dalam drama bersiri Sebenarnya Saya Isteri Dia, populariti Izzue semakin melonjak. Namun begitu, Izzue sentiasa merendah diri kerana detik permulaannya di dalam bidang seni bukanlah mudah seperti kebanyakan artis.
 
IzzueIslam2

“Ketika mula-mula berlakon, saya turut bekerja di restoran sebagai tukang bancuh air dan penghantar susu untuk menampung perbelanjaan. Saya tidak terus mendapat watak utama. Dua tahun penglibatan, saya hanya melakonkan watak sampingan.”
 
 

POST A COMMENT