fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
Keraian Hujung Tahun Di Mana?
Seni Hiasan Jam Tangan Giardini Bvlgari
Rahsia Tranformasi Fizikal Adele Kini Bukan Lagi Rahsia
Tips Kekal Hidrat Menghadapi Bahang Panas Terik
It’s Okay Being Single On Valentine’s Day, And Here’s Why!

10 Bilik Paling Seksi Di Dunia Yang Anda Harus Lawati

Bermacam perkara boleh berlaku antara pasangan di dalam bilik sesebuah hotel tidak kira di mana jua terletaknya hotel tersebut. Tetapi untuk perkara-perkara istimewa menjadi kenyataan di dalam bilik tersebut, anda pasti mahukan suasana yang sensual, mengujakan dan mungkin juga mempunyai kejutan buat anda dan pasangan anda.

 

Jutaan terima kasih kepada Mr. and Mrs. Smith Hotel Awards kerana telah menyenaraikan 10 Bilik Paling Seksi Di Dunia yang merangkumi hotel-hotel daripada Thailand hingga ke Mexico.

Terletak di sebuah perkampungan tepi pantai, Uxua Casa Hotel & Spa menjadi pilihan untuk pengunjung-pengunjung seantero dunia untuk tinggal di salah satu daripada 10 casa peribadi yang terdapat di hotel elit ini. Pemilik hotel ini menggunakan elemen kemewahan dan kasual untuk rekaan keseluruhan dan hiasan dalamannya. Untuk pasangan yang ingin berbulan madu di sini, anda boleh memilih suite Casa de Arvore untuk pengalaman bulan madu yang mengasyikkan.