Related Stories
GLAM Memilih Idea Hadiah Jenama Lokal Buat Ibu
Editorial GLAM memilih rangkaian hadiah Hari Ibu 2026 daripada jenama lokal sebagai tanda penghargaan istimewa buat insan tersayang. Daripada perhiasan barang kemas yang eksklusif hingga ke set penjagaan diri, setiap pilihan direka untuk melengkapkan momen meraikan wanita paling penting dalam hidup.
Hari Ibu 2026 menjadi kesempatan paling indah untuk meraikan kasih dan pengorbanan yang sering tidak terungkap dengan kata-kata. Ia hadir sebagai detik untuk memperlahankan langkah dan benar-benar menghargai segala yang telah diberikan oleh seorang ibu, dari pengorbanan kecil yang sering terlepas pandang hingga kasih yang sentiasa hadir tanpa syarat. Mengangkat keindahan jenama tempatan, setiap pilihan dalam kurasi ini bukan sahaja menonjol dari segi gaya dan kualiti, tetapi juga membawa cerita dan sentuhan autentik yang tersendiri.
Ini Rangkaian Jenama Lokal Pilihan GLAM Untuk Hari Ibu!
LARNEY – Aizat Aidid, Pengarah Kreatif
Sebagai hadiah Hari Ibu, pilihan daripada Larney menjadi pelengkap gaya yang eksklusif dan praktikal untuk didandan sewaktu majlis istimewa atau rutin harian. Dengan rangkaian saiz yang lebih luas, setiap rekaan memberi keselesaan optimum tanpa mengorbankan potongan yang elegan. Lantas, ia sesuai untuk ibu yang sentiasa aktif namun tetap mahu tampil bergaya. Daripada helaian renda yang feminin untuk sentuhan lebih glamor, hingga ke fabrik Premium Neat Pleats yang ringan dan mudah digayakan, setiap satu direka dengan gaya “easy to wear” yang memudahkan rutin harian. Helaian daripad LARNEY menjadi hadiah yang meraikan keyakinan dan keanggunan seorang ibu dalam setiap langkahnya.
Habib’s Jewels – Amirul Ariffin, Pengarah Seni
Habib’s Jewels, sebuah jenama perhiasan tempatan yang sinonim dengan kehalusan seni dan keanggunan abadi sering menjadi pilihan para ibu sebagai hadiah. Setiap rekaan daripada Habib’s Jewels menampilkan sentuhan klasik yang diperkemas dengan estetika moden sekaligus menjadikannya hadiah yang indah dipandang dan sarat dengan nilai sentimental. Daripada rantai emas yang minimal namun bermakna hingga ke rekaan yang eksklusif, pilihan daripada Habib’s Jewels membawa elemen kemewahan yang dekat dengan jiwa. Namun, bingkisan Cavo bangles daripada koleksi Oro Italia 916 menjadi pilihan GLAM kerana rekannya yang menyerlah dan klasik. Ia menjadi simbol penghargaan yang kekal lantas satu hadiah yang merakam momen istimewa Hari Ibu dalam bentuk yang boleh dikenang dan dipakai setiap hari.
Butterfly Florist and Slowbar – Syahirah Hussain, Penulis
View this post on Instagram
Jambakan bunga adalah pilihan klasik untuk merayakan pelbagai detik istimewa dalam kehidupan. Butterfly Florist and Slowbar, yang diasaskan oleh Daiyan Trisha kini dikenali dengan gubahan bunga yang moden dan penuh karakter. Setiap pilihan bunga disusun dengan perhatian terhadap perincian seperti menggabungkan warna dan tekstur dalam satu komposisi yang terasa sangat peribadi. Dari gubahan minimal yang sofistikated hingga susunan yang lebih mewah dan dramatik, ia menjadi simbol kasih yang segar dan sentiasa mekar, persis cinta seorang ibu yang tidak pernah pudar.
Tanamera Mother’s Day Set – Syafikah Alkaf, Penulis
Bagi ibu yang menghargai momen penjagaan diri, Tanamera Mother’s Day Set hadir sebagai pilihan yang ideal. Dihasilkan oleh jenama tempatan Tanamera Tropical Spa, set ini menggabungkan rangkaian produk berasaskan bahan semula jadi yang diinspirasikan daripada amalan tradisional sekaligus memberikan pengalaman spa yang menenangkan dari keselesaan rumah. Diiringi aroma bunga dahlia yang lembut dan nyaman, setiap elemen dalam set ini direka untuk membantu ibu meluangkan masa untuk diri sendiri seperti merehatkan tubuh dan menenangkan minda.
Artikel berkaitan: Raikan Hari Ibu Bersama Filem Kekeluargaan Yang Sarat Makna!
Artikel Berkaitan
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Maternal Glow Datin Intan Najuwa Yang Menawan
GLAM Weddings: Tengku Nadira Adnan & Teuku Ag...
Volvo Dan Makna Sebuah Perjalanan Pulang
Siapa Bintang Lokal Yang Top Di Spotify
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
