Met Gala 2026: Solekan Paling Ikonik
Syafiqah adalah Pengarang Kecantikan di GLAM Malaysia. Dengan kepakaran dalam penulisan ed...
Read Full BioKami kongsikan pilihan solekan kegemaran kami dari Met Gala 2026, di mana setiap perincian kecantikan menjadi lanjutan kepada naratif fesyen yang dipersembahkan. Seiring tema ‘Fashion is Art’, malam ini dipenuhi momen kecantikan yang mengangkat setiap helaian ke tahap lebih ekspresif.
Daripada kulit dewy yang halus bak lukisan klasik hingga solekan mata penuh perincian yang sarat dramatik, jelas bahawa rambut dan solekan memainkan peranan sama pentingnya dengan busana itu sendiri.

Antara yang paling mencuri perhatian adalah Anok Yai dengan gaya couture dramatik yang bersifat sculptural, sebuah penampilan yang bukan sahaja berani tetapi terasa seperti arca hidup. Ini pilihan kegemaran kami, tegas, artistik dan sukar dilupakan.

Tidak kurang memukau, Ejae membawa naratif peribadi melalui kecantikan yang sarat makna. Solekan dan gaya rambutnya meraikan warisan dwibudaya, disempurnakan dengan sanggul yang diikat menggunakan binyeo, pin rambut tradisional Korea yang telah dipakai selama berabad lamanya. Malam ini, ia bukan sekadar aksesori tetapi simbol kesinambungan budaya yang kekal relevan.

Sementara itu, Hudson Williams tampil dengan interpretasi yang lebih gelap dan teatrikal. Solekan mata diinspirasikan daripada Black Swan, dengan sapuan pembayang hitam tebal yang dilentikkan ke hujung, dipadankan dengan rona metalik merah dan biru yang membingkai mata hingga ke kening. Rambut disisir kemas ke belakang dengan dua helaian yang dilentik ke dalam, memberi fokus sepenuhnya kepada ekspresi mata yang tajam dan penuh karakter.
Kylie Jenner tampil dengan pendekatan kecantikan yang selaras dengan busananya. Menurut pendandan rambut Rosales, keseluruhan gaya perlu melengkapi gaun yang dipakai. Bersama celebrity makeup artist Ariel Tejada, tumpuan diberikan kepada eksplorasi solekan dan rambut yang benar-benar menyatu dengan naratif keseluruhan gaya, termasuk percubaan pelbagai tekstur solekan, bentuk kening dan gaya rambut untuk mencapai keseimbangan paling tepat.
“We even tested no brows just to see how far we could push it,” kata Rosales. Akhirnya, Kylie muncul dengan bleached brows yang menjadi elemen utama solekan, memberi dimensi futuristik dan sculptural pada wajah, manakala gaya rambut yang sleek dan terarah kemas melengkapkan estetika moden dan editorial keseluruhan penampilannya.

Emma Chamberlain pula meneruskan naratif ‘Fashion is Art’ melalui interpretasi kecantikan yang berani dan konseptual. Riasan wajah dan rambut diolah sebagai kanvas hidup, dengan sapuan warna yang kuat mengingatkan kepada abstrak ekspresionisme, perincian rumit seperti lukisan barok, serta gaya rambut berstruktur yang berdiri sama kuat dengan busananya.

Secara keseluruhan, para artis solekan dan penggaya rambut malam ini benar-benar melangkaui batas tradisional, menjadikan wajah dan rambut sebagai medium seni. Ada yang memilih pendekatan lembut dan romantik seperti potret klasik, ada juga yang tampil avant-garde dan berkonsep tinggi, menjadikan karpet merah ini seakan sebuah pameran seni hidup.
Artikel Berkaitan
Lancôme Menulis Semula Naratif Kecantikan Bersama...
City Escape Sempena Hari Ibu di The Chow Kit
Evolusi Ikonik New Balance
5 Pilihan Krim Mata Terbaik untuk Hilangkan Lingka...
Shu Uemura Perkenal block:booster charged up ̵...
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
8 Wanita Paling Berpengaruh di Asia Tenggara 2025
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
