Tommy Hilfiger & Shawn Mendes Hadirkan Koleksi Berteraskan Kelestarian
Tommy Hilfiger dan Shawn Mendes berkolaborasi dalam koleksi ekskusif yang dijamin tahan lama melalui Classics Reborn musim bunga 2023. Kerjasama bersama Shawn Mendes berkembang dengan tumpuan pada kemampanan membentuk kempen dan koleksi terkini.

Koleksi baharu yang direka bersama Shawn Mendes diilhamkan oleh stail TOMMY HILFIGER sebelum memasuki era ‘90an, menonjolkan padanan santai dan keselesaan dengan penekanan pada inklusif. Rekaan yang segar lagi versatil ini menafsirkan semula rekaan ikonik TOMMY HILFIGER dalam sentuhan moden, mencipta koleksi klasik untuk hari ini dan esok. Kolaborasi ini juga menekankan visi kelestarian bersama Mendes dan Hilfiger dengan menggunakan bahan kitar semula dan berinovasi.
Kempen ini menyatukan rakan dan keluarga Mendes sendiri, serta penyokong kelestarian dan individu kreatif masa kini. Lebih istimewa, Shawn diserta oleh kakanya, Aaliyah Mendes, juga seorang penyanyi-penulis lagu dan kawan rapat Jon Vinyl, penerbit artis Mike Sabath, artis Ahmad Cissé, pengarang dan model Maye Musk, pereka Czarina Kwong, aktivis Deprise Lons, dan model Yvesmark Chery dan Anita Jane Pathammavong.
Koleksi the Classic Reborn menampilkan 28 rekaan untuk lelaki dan perempuan yang bereksplorasi dengan paduan tren modern prep. Memberi opsyen gaya yang bernada kasual lagi stylish, mengilhami gaya Americana yang cool.
Terdapat empat prinsip yang memberi inspirasi kepada aspek rekaan Tommy Hilfiger dan Shawn Mendes. Dua yang pertama, Color Reborn dan Materials Reborn, memastikan setiap rekaan merangkumi inovasi yang mampan. Dua yang kedua, Self Reborn dan Community Reborn, mencerminkan cara hidup kontemporari.
Color Reborn menampilkan bahan yang dihasilkan daripada tekstil kitar semula dan dihasilkan dalam rona terang. Recycrom™ menggunakan teknik terkini untuk menghasilkan pewarna, yang menggunakan proses semula gentian daripada kilang pra pengguna yang memotong sisa menjadi sebuk berwarna.
Materials Reborn pula mengintegrasikan teknologi canggih menghasilkan gentian baharu daripada tekstil kitar semula.
Artikel Berkaitan
Lancôme Menulis Semula Naratif Kecantikan Bersama...
Met Gala 2026: Solekan Paling Ikonik
City Escape Sempena Hari Ibu di The Chow Kit
Evolusi Ikonik New Balance
5 Pilihan Krim Mata Terbaik untuk Hilangkan Lingka...
Shu Uemura Perkenal block:booster charged up ̵...
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim,...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.

