First Lady Perancis Brigitte Macron Sudah Serik Dikritik
2018 semakin menghampiri namun umur seseorang yang melibatkan perkahwinan masih lagi menjadi isu buat beberapa pihak yang tiada benda lain yang mereka perlu risaukan.
Umum mengetahui bahawa Presiden Perancis Emmanuel Macron (40) dan isterinya Brigitte Macron (64) mempunyai jarak perbezaan umur sebanyak 24 tahun. Which is the same as jarak umur antara Presiden Trump dan isterinya Melania Trump.

Foto POOL/VILLARD/WITT/MAXPPP
Namun kenapa Brigitte seorang sahaja yang perlu dipersoalkan? Setelah sekian lama berdiam diri, Brigitte meluahkan perasaanya melalui satu temubual bersama Elle Perancis perihal ini.
Sebelum ini Presiden Macron sendiri pernah bersuara mengenai dwistandard yang dikenakan oleh pihak umum terhadap dirinya dan Brigitte.
Brigitte memberitahu bahawa dia mendahulukan kebahagiannya lebih daripada pendapat orang ramai mengenai hubungannya bersama Presiden Macron sejak mereka bertemu disekolah suaminya ketika dia mengajar di sana.

Photo Muylaert Sebastien/action p/REX/Shutterstock
“Jika saya tidak mengambil keputusan untuk mendekatinya [Emmanuel], syaa mungkin akan merasa kehilangannya besar dalam hidup saya. Saya gembira dengan anak-anak saya dan pada masa yang sama saya juga merasakan saya perlukan cinta ini seperti kata-kata Prévert ‘untuk bahagia secara keseluruhan.'”
Beberapa hari selepas pelantikan Emmanuel sebagai Presiden Perancis, orang ramai menuduhnya sebagai seorang homoseksual dan perkahwinannya dengan Brigitte adalah cara untuk menyorokkan dirinya yang sebenar.
“Jikalau saya yang berusia 20 tahun lebih tua daripada isteri saya, tiada siapa pun yang akan mempersoalkan hubungan kami ini. Hanya kerana dia 20 tahun lebih tua daripada saya yang membuatkan orang ramai mengatakan, ‘Hubungan ini tidak mungkin boleh dipertahankan.'”
Artikel Berkaitan
Tom Ford Meraikan Black Orchid Reserve Bersama G-D...
Potret Cinta Bella Astillah dan Syed Saddiq
“Terima Panggilan Daripada Super Bowl, Sangat Me...
20 Selebriti Korea Dengan Pengikut Instagram Palin...
10 Lagu K-Pop Menjuarai Carta Antarabangsa 2022
Amber Heard Digugur Dari Aquaman 2, Peminat Sudah ...
Meluncur Penuh Gaya Bersama Jentera Baru BMW
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
