Hotel Mewah Di Brazil

Gambar: Sumber Google
 
Brazil  terkenal dengan keindahan alam dan budayanya.   Jajaran pantai indah, keunikan flora dan fauna, pasti mengujakan anda kala bercuti di bumi eksotik dan penuh warna-warni ini.    GLAM senaraikan lima hotel butik yang boleh dijadikan panduan ketika anda bercuti ke Brazil.
 
BELMOND
BELMOND 2
 
Belmond Copacabana Palace

Hotel elegan bertaraf lima bintang ini menyediakan bilik-bilik mewah dengan kamar mandi  berlantai marmar. Berlokasi di hadapan Rio de Janeiro Copacabana Beachfront, hotel ini  menyediakan perkhidmatan spa kesihatan dan tiga restoran gourmet. Anda boleh bersantai sambil menikmati pemandangan laut.
 
Windsor Windsor 1
 
Windsor Atlantica

Terletak di kawasan yang strategik, hotel butik Windsor Atlantica ini bertentangan dengan pantai Copacabana. Malahan, hotel ini tidak begitu jauh dari pantai Ipanema. Ia menawarkan perkhidmatan spa elegan dan kolam renang  di rooftop. Sambil berenang di  kolam , anda boleh menikmati pemandangan laut yang indah.
 
Marimar 2
 
marimar
 
Hotel Miramar By Windsor

Hotel butik ini terletak di seberang pantai Copacabana dan merupakan lokasi utama ketika bercuti di Rio. Ia mempunyai kolam renang granit hijau dan gymnasium moden. Anda juga tidak perlu lagi berpisah dengan haiwan peliharaan anda kerana hotel ini menawarkan perkhidmatan untuk haiwan kesayangan dan juga menyediakan perkhidmatan butler untuk anda rasai nikmat bercuti kelas pertama.
 
Fasano 1
 
fasano 2.
 
Hotel Fasano Rio de Janeiro

Berenang dalam kolam renang di rooftop berteman pemandangan laut yang menakjubkan . Hotel butik Fasano Rio de Janeiro menawarkan penginapan tepi pantai yang mewah dan terletak di Pantai Ipanema. Turut menawarkan pusat spa dan gym kesihatan.
 
Hilton Bara
 
Hilton 2
 
Hilton Barra Rio de Janeiro

Terletak di jantung  bandar daerah Barra da Tijuca. Hotel butik ini menyediakan kolam renang di rooftop dengan pemandangan tasik yang indah. Hotel ini turut menyediakan fitness centre dan restoran yang menyajikan masakan  serantau dan antarabangsa.
 
campo
 
Campo
 
Campo Bahia

Terletak di Santo Andre, Campo Bahia menawarkan outdoor pool dan spa juga wellness centre. Hotel butik yang mengamalkan konsep layan diri ini mempunyai WIFI percuma dan sarapan pagi setiap hari.
 
emiliano 2
 
emiliano
 
Hotel Emiliano

Hotel butik dengan rekaan mengagumkan ini terletak di Oscar Freire Street. Ia mempunyai helipad, spa dan bar yang menyediakan champagne dan karviar.  Hotel ini juga terletak kira-kira 1000 meter dari Paulista Avenue. Ia antara avenue yang paling popular di bandar dan mempunyai restoran dan muzium yang menjadi tarikan budaya .

POST A COMMENT