Inspirasi Perkahwinan Amal Alamuddin

Setelah sekian lamanya, aktor terkenal George Clooney kini mengakhiri zaman bujangnya. Wanita yang berjaya menambat hatinya ternyata seorang yang amat jelita dan juga memegang jawatan sebagai peguam. Amal Alamuddin wanita bertuah kerana mempunyai seorang suami yang amat digilai oleh seluruh wanita di dunia malah kehadiran dia juga dicemburui oleh segelinap kumpulan.
 
Manakan tidak, saat tersebarnya berita pertunangannya bersama Clooney, berderu paparazzi mengerumuni dia serta setiap langkahnya menjadi bualan ramai. Ada yang menyanjungi kredibilitinya sebagai seorang wanita pintar serta memiliki wajah persis aktres Hollywood terkenal, Anne Hathway. Namun, ada yang tidak senang akan kehadirannya yang diibarat sebagai mengambil kesempatan untuk terjun ke bidang glamor. Tiada sesiapa individu pun mampu meleraikan ikatan kasih dua merpati sejoli ini. Jelas Amal, “He’s the man every woman want to hugs!”
 
Sempena dengan kemeriahan di majlis perkahwinan George Clooney dan Amal Alamuddin. Ketahui beberapa informasi penting disebalik majlis mewah mereka yang bertempat di Venice, Itali.
 
SENARAI TETAMU
 

George Clooney And Guests Head To His WeddingGambar: TPGVIP

 
Perkahwinan mewah mereka turut mendapat perhatian tetamu kehormat. Antaranya ketua pengarang Vogue, Anna Wintour, aktor Bill Murray dan Matt Damon, penyanyi Bono, peragawati Cindy Crawford, Emily Blunt dan John Krasinski dan Nick Clooney.
 
PILIHAN PEREKA BUSANA SERTA SUT
 

GeorgeWeddingGambar: Majalah People

 

GeorgeAmalHelloCoverGambar: Majalah Hello

 
“Kami inginkan perkahwinan serba romantis dan elegan,” jelas Amal Alamuddin kepada Oscar de la Renta yang bertindak sebagai pereka utama busana perkahwinannya. Malah, untuk George Clooney lebih selesa dalam persalinan sut Giorgio Armani.

NILAI CINCIN PERMATA AMAL ALAMUDDIN

 

ClooneyAmalWeddingRingGambar: Hello

 
Sempena cintanya terhadap Amal Alamuddin, Clooney menghadiahkan cincin pertunangan yang berpotongan berlian emerald tujuh karat bernilai US$957,326 dan ditempah mengikut citarasa peribadi George Clooney. Malah, bagi cincin perkahwinan mereka memilih cincin yang sedikit ringkas dan platinum.
 
 

POST A COMMENT