fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Kehalusan Kraftangan Kopi Dengan Nespresso Master Origin
GLAM EXPOSE: Gelaran ‘Datin’ untuk isteri nombor dua, tiga dan empat. Perlu atau tidak?
Arkib Fesyen 90-an Boleh Didapati Di Instagram @ninetiesmoments
It’s Okay Not To Wear Face Mask If You Are Healthy!
5 Sebab Mengapa Anda Perlu Memiliki Samsung Galaxy S9
Home > GLAM Life > Kekal Fit Bersama Under Armour

Kekal Fit Bersama Under Armour

Oleh: Elisa Haida
 
LR-286
 
Kelompok wanita sentiasa dijadikan sumber inspirasi dan gaya hidup sihat itu wajib dipraktikkan dalam diri serta komuniti sebagai nota rujukan buat sesiapa sahaja untuk kekal bersemangat. Justeru itu, sebagai meraikan Hari Wanita sedunia 2016, Under Armour bersama-sama Biotherm Malaysia tampil dengan idea menarik apabila menganjurkan sebuah acara kecergasan untuk memupuk gaya hidup yang sihat dan membawa kesedaran mengenai kepentingan kesihatan kepada masyarakat. Acara penuh bermakna ini berlangsung di butik sukan Under Armour di Pavilion, Kuala Lumpur.
 

LR-227Deborah Henry

 
Peserta berpeluang untuk menyertai sesi yoga bersama Brand Influencer, Robyn Lau dan Brand Athlete, Atilia Haron. Malah,turut diberikan sesi  penjagaan kecantikan menerusi kaedah Facial Yoga oleh Michelle Tay, Pengurus Pendidikan Biotherm Malaysia, untuk mendapatkan seri pada muka selepas bersenam. Selingan di antara sesi yoga, UA menampilkan selebriti tempatan untuk sesi berdialog. Deborah Henry, bekas ratu cantik dan pengasas bersama Fugee School berkongsi pengalaman dalam mengajar kanak-kanak pelarian. Disusuli oleh pelakon Debbie Goh yang berkongsi perkembangan seni terbarunya dan memberi dorongan kepada para peserta untuk bergiat lebih aktif dalam aktiviti kecergasan.
 
LR-112