Siapa tidak kenal pasangan sahabat yang paling in zaman sekarang? Sama cantik, sama tinggi, sama padan, sama kerjaya, sama semuanya; Kendall Jenner dan Gigi Hadid are taking the world by storm! Mereka berdua sememangnya sering dilihat bersama, hinggakan para peminat menggelar pasangan sahabat tersebut KenGi sempena gabungan nama mereka berdua! Cuba anda gunakan hashtag #KenGi di laman Twitter atau Instagram, pasti beribu-ribu gambar mereka bersama akan pop-out!
Kerjaya mereka sebagai model makin menjadi tumpuan mereka di dunia fesyen, dengan kempen dan kolaborasi bersama pelbagai jenama gergasi seperti Guess dan Calvin Klein.
Selain bekerjaya bersama, mereka memangpun sahabat yang mengambil berat tentang satu sama lain. Kendall pernah dicemuh supermodel 90an, Stephanie Seymour yang berkata bahawa Kendall tidak layak digelak supermodel keran baginya, Kendall menempa nama dalam dunia peragaan kerana keluarganya yang berpengaruh besar. Gigi melantas komen tersebut dengan berkata Stephanie haruslah move on kerana zaman kegemilangannya sudah pun tamat dan sekarang, mereka berdua (Kendall dan Gigi) yang mendominasi dunia peragaan!
Nama kedua-dua it-girls ini termasuk dalam senarai 10 model dengan pendapatan tertinggi bagi tahun ini. Selain bekerja dibawah beberapa agensi model, mereka juga merupakan model Instagram yang amat popular!
Jika Kendall dan Gigi keluar bersama, mereka selalu digambar berpakainan yang saling melengkapi look masing-masing. Mereka ibarat kembar tidak serupa, malah mempunyai saiz badan dan ketinggian yang sama juga! #goals
Oleh: Aizat Azman Shah
*Sumber: Cosmopolitan
Artikel Berkaitan
Tom Ford Meraikan Black Orchid Reserve Bersama G-D...
Potret Cinta Bella Astillah dan Syed Saddiq
“Terima Panggilan Daripada Super Bowl, Sangat Me...
20 Selebriti Korea Dengan Pengikut Instagram Palin...
10 Lagu K-Pop Menjuarai Carta Antarabangsa 2022
Amber Heard Digugur Dari Aquaman 2, Peminat Sudah ...
Meluncur Penuh Gaya Bersama Jentera Baru BMW
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.





