Misteri Rumah Paling Mahal Di Dunia Ibarat Mahligai Syurga Di Bumi
Misteri rumah paling mahal di dunia kini telah terbongkar dengan pendedahan terbaru dan eksklusif perihal sebuah mahligai megah dan mewah yang boleh dijumpai di bahagian utara Perancis berdekatan dengan Versailles. Memperkenalkan, Chateau Louis XIV.

Pernah menjadi antara lokasi pilihan perkahwinan Kim Kardashian West, Chateau istimewa ini turut menawarkan parit yang besar, kelab malam bawah tanah, sebuah ballroom, sebuah labirin, bilik bawah air dengan dinding kaca dan sebuah pawagam khas.
Rumah agam ini mempunyai sejarah yang menarik kerana ia menyerupai rumah agam yang sama daripada abad ke-17. Namun rumah asal itu telah dirobohkan dan dihasilkan semula dengan rumah ini pada tahun 2011 untuk memodenkan ciri-ciri rumah ini dengan perincian menarik. Malah antara fungsi rumah ini adalah ia boleh dikawal menggunakan iPhone. Harganya? $300 juta.

Sejak dibeli pada tahun 2015 dengan harga sebegitu rupa, tiada siapa mengetahui siapakah pemilik bertuah yang berupaya untuk membeli rumah sebegini rupa. Namun baru-baru ini New York Times telah berjaya membongkar identiti pembeli rumah menakjubkan ini yakni waris kepada takhta Saudi, Putera Mahkota Mohammed bin Salman. Seorang putera yang dikenali dengan visinya untuk memodenkan negaranya, Putera Mahkota Mohammed juga dikenali dengan tabit belanjanya yang menggerunkan. Tabiatnya ini juga pernah dikhuatiri ramai.

Antara pembelian tidak masuk akal yang pernah dibuat oleh Putera Mahkota Mohammed adalah sebuah lukisan Leonardo da Vinci's Salvator Mundi yang dibeli pada harga $450 juta dan sebuah yacht dengan dua kolam renang berharga $500 juta.
Bagi anda yang ingin melihat bahagian dalam rumah agam tersebut, klik SINI.
Artikel Berkaitan
Tom Ford Meraikan Black Orchid Reserve Bersama G-D...
Potret Cinta Bella Astillah dan Syed Saddiq
“Terima Panggilan Daripada Super Bowl, Sangat Me...
20 Selebriti Korea Dengan Pengikut Instagram Palin...
10 Lagu K-Pop Menjuarai Carta Antarabangsa 2022
Amber Heard Digugur Dari Aquaman 2, Peminat Sudah ...
Meluncur Penuh Gaya Bersama Jentera Baru BMW
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
