Raikan Cinta Anda Di Sunway Putra Hotel Valentine’s Day Ini
Saban tahun St. Valentine’s Day menjelang, pasti pasangan kekasih sibuk merancang sesuatu yang istimewa buat insan tercinta mereka. Dari getaway romantik hingga ke makan malam nan mewah. Jika anda masih tercari-cari tempat untuk meraikan hari istimewa ini bersama teman istimewa, keluarga atau teman-teman, Sunway Putra Hotel kini menawarkan Valentine’s Set Dinner khas untuk Hari Valentine.
Diilhamkan oleh Tukang Masak Eksekutif, Chef Rossham, dan pasukannya dengan 20 tahun pengalaman dan pengetahuan dalam masakan Timur dan Barat, set makan malam ini turut menampilkan hidangan Barat lima peringkat yang pastinya akan memukau deria rasa sesiapa sahaja.

Grilled Beef Tenderloin Mignon
Kembara istimewa gastronomi ini dimulakan dengan hidangan Barbecued Salmon, Arugula dan Water-cress Salad yang diikuti pula dengan Fresh Cream of Roma Roasted Tomato Soup bersama Toasted Herbs.
Lemon Sherbet with Crushed Mixed Nuts and Mint Leaves turut dihidangkan sebelum anda membuat pilihan antara dua hidangan utama; Grilled Beef Tenderloin Mignon bersama Onion Marmalade dengan Steamed Asparagus, Pumpkin Confit, Pureed Potato Garlic dan Glazed Portobello Mushrooms atau Pan Seared Salmon bersama Buttered Brussels Sprouts, Tomato Confit, Grilled Zucchini, Green Peas Mashed Potato dan Lemon Calamansi Hollandaise.

Tiramisu
Untuk mengakhiri malam istimewa anda dengan set makan malam ini, pencuci mulut tiramisu dihidangkan atas permintaan. Semua ini hanya pada harga RM88 sekepala. Sempena promosi istimewa ini, Sunway Putra Hotel turut menawarkan baucar Set Teppanyaki Set di Restoran Gen Japanese buat 10 tempahan terawal dan juga sekotak cokelat pralin yang akan diberikan pada hari tempahan anda.
Tidak lupa juga kepda pasangan yang bertuah, anda berpeluang untuk memenangi percutian tiga hari dan dua malam dalam suit mewah Junior di Sunway Resort & Spa bernilai RM2000!
Untuk tempahan, sila hubungi Food & Beverage di 03-4040 9888 atau emel ke spkl.dine@sunwayhotels.com.
Artikel Berkaitan
Tom Ford Meraikan Black Orchid Reserve Bersama G-D...
Potret Cinta Bella Astillah dan Syed Saddiq
“Terima Panggilan Daripada Super Bowl, Sangat Me...
20 Selebriti Korea Dengan Pengikut Instagram Palin...
10 Lagu K-Pop Menjuarai Carta Antarabangsa 2022
Amber Heard Digugur Dari Aquaman 2, Peminat Sudah ...
Meluncur Penuh Gaya Bersama Jentera Baru BMW
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
