Selebriti Jayakan L’Oreal Colour For Life

Sebuah majlis santai Colour For Life Reunited bersama selebriti dan personaliti terkenal tanah air beserta kanak-kanak dari The Malaysian Aids Foundation (MAF) dianjurkan 10 Jun lalu bertempat di Sumira Place, Taman Tasik Titiwangsa bagi meraikan semula kerjasama antara mereka yang menjayakan kempen ini.
Colour For Life adalah merupakan sebuah kempen yang dianjurkan oleh L’Oreal Professionnel untuk The Malaysian Aids Foundation sejak tahun 2002 dengan tujuan mengumpul dana bagi membantu kanak-kanak yang menghidap HIV.
Tahun lalu menyaksikan kolaborasi antara L’Oreal Professionnel bersama lima pereka terkenal iaitu Datuk Professor (Dr) Jimmy Cho, Tom Abang Saufi, Eric Choong, Winnie Sin dan Royal Selangor serta 26 personaliti tanah air yang diakhiri dengan kempen potongan rambut amal selama dua hari. Jumlah keseluruhan dana yang dikumpul mencapai RM100,000.
Demonstrasi seni makanan oleh Samantha Lee.
Menarik mengenai majlis perjumpaan ini adalah demonstrasi seni makanan dari Food Artiste, Samantha Lee yang menunjukkan cara-cara menghias makanan dengan seni gaya yang cukup comel, sesuai untuk kanak-kanak malahan juga menangkap perhatian mereka yang dewasa. Ianya kemudian diusuli dengan pertandingan seni makanan antara selebriti dan personaliti yang hadir seperti Ning Baizura, Fahrin Ahmad, Profesor Dato Jimmy Choo, Datin Paduka Marina Mahathir, Thanuja Ananthan, Carey Ng dan ramai lagi.
Ning Baizura dan Fahrin Ahmad digandingkan dalam satu kumpulan.
Thanuja Ananthan dan Datin Paduka Marina Mahathir bekerjasama menghasilkan food art.
Profesor Dato Jimmy Choo.
Carey Ng bersama ahli kumpulannya.
Hasil seni makanan yang diinspirasikan dari Lady Gaga oleh kumpulan Carey Ng.
Patricia K bersama kanak-kanak dari MAF ditemu bual hos pada hari itu, Lexie Rodriguez.
Hasil comel dari kumpulan Patricia K.
Artikel Berkaitan
Tom Ford Meraikan Black Orchid Reserve Bersama G-D...
Potret Cinta Bella Astillah dan Syed Saddiq
“Terima Panggilan Daripada Super Bowl, Sangat Me...
20 Selebriti Korea Dengan Pengikut Instagram Palin...
10 Lagu K-Pop Menjuarai Carta Antarabangsa 2022
Amber Heard Digugur Dari Aquaman 2, Peminat Sudah ...
Meluncur Penuh Gaya Bersama Jentera Baru BMW
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
