Suitcase Diaries: Izrin Ismail di Milan

Pemilik butik Innai ini pernah menuntut fesyen di Milan. Kini mengabadikan seluruh jiwanya terhadap fesyen melalui jenamanya, Innai dan Innai Red, Izrin disegani di persada fesyen tempatan apabila berjaya melonjak status batik ke tahap global.

 

Izrin Ismail crop

Milan sebuah kota yang indah, bagaimana pendapat anda?
Ada banyak perkara yang hebat tentang Milan iaitu mengenai budaya, gaya hidup dan fesyen Milanese. Mereka gemar menunggang basikal, mencintai seni bina dan semestinya jenama rumah fesyen hebat Itali seperti Prada, Armani dan Pucci. Lebih manis, sewaktu saya menuntut di Instituto Marangoni, rakan-rakan tempatan serta pelajar antarabangsa serta pensyarah membawa saya melawat lokasi yang hebat di Milan. Aktiviti seperti bersiar-siar, membeli belah dan makan malam di Lago, Como (Lake Como) begitu mengasyikkan.

 

cm4

 

Lokasi tumpuan bersantai, membeli belah dan restoran terbaik?
Tak terkira! Terdapat kafe yang menarik di Brera & Navigli. Jika inginkan gaya glamor untuk makan malam, singgah sahaja di Gold by Dolce & Gabbana atau Nobu, bersantai di kafe Just Cavalli malah menikmati rasa nightlife yang hebat di Armani/Prive dan Evelen. Restoran Sadler Milano & Il Ristorante Trussardi alla Scala pula untuk hidangan kontemporari Italian dinning. Cukup menyelerakan jika mencuba masakan Italian di Cracco. Sebolehnya elak makan di sekitar Piazza del Duomo kerana masih banyak tempat yang lebih enak. Selain itu, tidak sah seandainya tidak singgah dan menyaksikan sendiri persembahan teater bertaraf dunia di La Scala! Buat anda yang shopaholic, Via Montenapoleone, Via Della Spiga, Via San’t Andrea dan Corso Vittorio Emmanuele menjanjikan kepuasan terbaik buat penggemar barangan high fashion. Terdapat juga concept stores seperti di 10 Corso Como and sesuatu yang menarik tentang item tempatan seperti barangan antik di sekitar Brera dan Navigli. Begitu juga dengan, muzium La Triennale, banyak barangan seni yang indah untuk diamati.

 

10_corso_como__orgreen_hires-2

Bagaimana dengan hotel?
Jika mahu memilih yang mewah dan bergaya, Hotel Armani Milan, Hotel Bulgari dan Château Monfort adalah yang terbaik. Buat selera yang lebih klasik kontemporari, cubalah bermalam di Hotel Seven Stars Galleria, The Gray dan Nhow Milan, ia pasti memberikan pengalaman yang berbeza. Sewaktu melancong seorang diri di sana, saya bermalan di Château Monfort Milan. Melangkah masuk ke dalam biliknya seperti berada dalam kisah fairytale. Saya jatuh cinta akan dekorasi dalamannya yang cukup mengagumkan.

 

chateau_monfort-12

Di manakah lokasi terbaik untuk treasure-hunting?
Sudah tentu di Mercatone dell’Antiquariato del Naviglio Grande! Ia boleh dikategorikan sebagai pasar barangan antik terbesar di Milan. Barangan seperti busana, bekas aksesori, perhiasan, pertukangan perak, mainan kanak-kanak, pasu porselin, perabot rumah dan buku serta majalah dijual di hampir 400 kedai. Saya sempat membeli cermin mata vintaj Saint Lauren dan kerongsang sewaktu berkunjung di sana.

 

scala-palchi

Bagasi pilihan setiap kali kembara ke luar negara?
I travel with my Samsonite Cosmolite suitcases. Selain itu, saya juga membawa tiga beg kanvas Longchamp Le Pliage untuk memuatkan barangan yang selebihnya. Beg Le Pliage lebih ringan, mudah dibawa untuk daftar masuk, tahan lasak, ruang yang luas dan mudah dibimbit serta senang dibersihkan.

POST A COMMENT