Suitcase Diaries: Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah di Perancis

Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah adalah Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Light Cibles Malaysia. Light Cibles sebuah syarikat yang berjaya memenangi Anugerah Firma Perunding Reka Bentuk Lampu Pejabat Antarabangsa di Paris, Sepanyol, China, Singapura dan Malaysia. Turut mempelopori Kuala Lumpur Lighting Master Plan, Fullerton Bay Hotel Singapore, Resorts World Sentosa Singapore, W Singapore, Notre Dame Cathedral dan Charles de Gaulle International Airport.

 

tengku-zatashah

Bagaimana anda menggambarkan keindahan kota Paris?
Paris adalah sebuah kota yang hebat, bertenaga dan cantik. Saya bertuah kerana berkesempatan untuk menetap di sana selama lima tahun. Melihat kemeriahan lampu yang menghiasi segenap pelosok sudut kota, tidak hairanlah kenapa Paris dikenali sebagai ‘City of Lights’. Inilah keunikan kota Paris, ia dikunjungi setiap saat oleh pelancong antarabangsa, terdapat banyak tempat ikonik menarik yang boleh dilawati seperti Eiffel Tower, Musée du Louvre, Musée d’Orsay (impressionist art), Champs Elysees, Arc de Triomphe, Notre Dame Cathedral (mendapat sentuhan Light Cibles), Montmartre dan Sacre Coeur.

 

img_1984

Boleh kongsi kenangan manis di sana?
Semestinya ya! Sewaktu berkunjung ke Loire Valley yang terkenal dengan Chateaux (istana) sambil menghayati sejarah tentang King Henry II dan Catherine de Medici. Seterusnya ke Mont Saint-Michel yang terletak di Normandy, kota Medieval dan Abbey yang disusuli sedikit emosi sewaktu ke pantai Normandy D-Day yang kaya dengan isi sejarah Perang Dunia Ke-2. Palaces of Versailles pula menakjubkan kerana pernah didiami oleh Roi Soleil (Sun-king”- King Louis XIV dan Monet’s home serta menikmati panorama taman Giverny).

 

Bagaimana pula dengan lokasi bersantai?
Buat yang gemarkan kafe tipikal masyarakat Paris, anda boleh ke Cafe de Flore dan Cafe des Deux Magots di Boulevard Saint-Germain. Café Beaubourg milik Costes Brothers berhampiran Pompidou Centre; Au Petit Fer a Cheval di Le Marais dan La Palette di 6th arrondissement. Untuk suasana klasik terdapat bistro seperti Chez Georges di 2nd arrondissement dan La Fontaine de Mars berdekatan Eiffel Tower. Jika berkesempatan nikmati suasana lewat petang di Bar Costes (Hotel de Costes) dan Bar du Plaza Athenee. Pada musim panas pula, taman Jardin du Luxembourg dan Parc Monceau menjanjikan pemandangan sebenar penduduk di Paris.

 

louvre

Gaya penampilan ketika bersiar-siar di Paris?
Di Paris, saya rasa lebih mudah bergerak menaiki tren Metro. Saya tidak akan lupa membawa kasut balerina Repetto, trench coat Burberry, celana denim dan sehelai blazer. Penting untuk anda memahami budaya masyarakat Paris yang mementingkan gaya dan mengangkat stail tersendiri, sebolehnya dinasihatkan agar tidak terlalu bermegah dengan designer logo jika anda ingin merasai kehebatan Parisienne style.

 

jardin-du-luxembourg-paris

Hotel terbaik Paris?
Tentu sekali Hotel Le Bristol yang terletak di Rue Faubourg St Honore. Selain itu, terdapat juga hotel ikonik seperti Hotel Geoges V dan Plaza Athenee Hotel di Avenue Montaigne, Park Hyatt Place Vendome dan Le Meurice di Rue de Rivoli. Hotel bertaraf lima bintang Shangri-La dan Mandarin Oriental turut tersedia. Jika gemar hotel berkonsepkan butik, saya cadangkan ke Hotel Pershing Hall di Avenue Montaigne dan Hotel Mon di L’Etoile.

POST A COMMENT