fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Memori Romantis di Butik Sinema Serba Mewah
Night Of Fright 7 Kembali Menghantui Dengan Tarikan Baru
Putera George Bakal Menghadiri Sekolah Baru di London September Ini
Tiada Lagi Sekatan Memandu Terhadap Wanita Di Arab Saudi
Nikmati Gastronomi Eksklusif Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur
Home > GLAM Life > Tan Sri Tony Fernandes Antara 100 Individu Berpengaruh Dunia

Tan Sri Tony Fernandes Antara 100 Individu Berpengaruh Dunia

AUTO: JUL 07 F1 - Santander British Grand PrixGambar: TPGVIP

 
Kanye West, Alexander Wang, Emma Watson dan Lee Daniels antara mereka yang tersenarai dalam 100 Individu Paling Berpengaruh di Dunia bagi tahun 2015 oleh Time. Paling membanggakan adalah anak Malaysia Tan Sri Tony Fernandes turut termasuk dalam senarai itu!
 
Menerusi tulisan khas oleh Richard Branson, dia menyifatkan Tan Sri Tony Fernandes sebagai “Seorang lelaki yang mementingkan keluarga dan berkredibiliti pemimpin dalam urusan perniagaan.” Pengasas Virgin Group itu turut memuji cara Tony Fernandes menangani kes kehilangan pesawat AirAsia QZ8501.
 
AirAsia diasaskan pada tahun 2001 oleh Tan Sri Tony Fernandes bersama Datuk Kamarudin Meranun dengan pembelian berharga RM1 bersama tunggakan hutang lebih RM40 juta. Perubahan dilakukan dan kemudian menghasilkan keuntungan pada tahun berikutnya. AirAsia kini merupakan syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia dan dinobatkan sebagai Syarikat PenerbanganTambang Rendah Terbaik Dunia oleh World Airline Survey.