Wanita Moden Amerika: Michelle Obama

 

 

Walaupun Barack Obama hanya tinggal beberapa hari lagi sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-44, namun isterinya, Michelle masih lagi menjadi tumpuan rakyat marhaen. Beliau bersama beberapa lagi para visionaries yang lain, seperti Lady Gaga dan Junya Watanabe turut berganding bahu menjayakan sebuah kempen berjudul, “The Greats“, karya The New York Times Style Magazine.

 

 

Michelle Obama sering dikatakan sebagai pemangkin wanita moden Amerika

Michelle Obama sering dikatakan sebagai pemangkin wanita moden Amerika

 

Slot khas Michelle yang bertajuk “From The First Lady, With Love,” merangkumi empat pucuk surat yang ditulis dengan ikhlas dan penuh perasaan oleh Chimamanda Ngozi Adichie, Gloria Steinem, Jon Meacham dan Rashida Jones, bagi menyatakan jutaan terima kasih kepada beliau selama menjawat tugasnya sebagai First Lady of the United States.

 

 

Pasangan Obama ketika di State Dinner terakhir mereka. Michelle menggayakan busana ekslusif dari Atelier Versace.

Pasangan Obama ketika di State Dinner terakhir mereka. Michelle menggayakan busana ekslusif dari Atelier Versace.

 

Rashida Jones menggambarkan Michelle sebagai seorang wanita moden Amerika. “Dan saya tidak maksudkannya sebagai sesuatu yang sinis atau untuk menyindir beliau. Jarang sekali seseorang itu dapat menzahirkan perasaan dan identiti kontra, di samping tulus dengan kata-katanya”, kata Jones.

 

 

Oleh: Aizat Azman Shah

POST A COMMENT