GLAM Deko Destinasi – Jibby East, KL East Gallery
Gambar : Patrick Chan
Mogul perniagaan F&B tempatan, Qistina Taff bersama suami, Najib Hamid mengadunkan sinergi gastronomi Asia bertemu Barat dalam atmosfera serba elegan eklektik.
Apakah konsep gastronomi Jibby East?
Kami membawakan pengalaman gastronomi bersifat global yang direnjis rasa tempatan. Rasa Pan Asian bertemu Barat dipersembah dalam gaya Melbourne. Barisan menu Jibby East bermula dari sarapan pagi, salad, burger, sandwich dan pasta. Menu popular kami ialah Beef Sticky Barbecue Ribs yang ada dalam pilihan versi Barat dan Asia.
Bagaimana mengenai pemilihan lokasi?
Lokasi ini adalah jemputan daripada pihak Sime Darby yang sedang dalam proses membangunkan projek KL East. Mereka mahu mencapai township bergaya hidup moden urban seiring konsep gastronomi yang dibawakan Jibby & Co. Bermulanya, dengan pembukaan Jibby East di KL East Gallery, Melawati orang sekitar Lembah Klang akan lebih mengenali kehidupan bandar yang ingin dicapai oleh KL East.
Bagaimana mengenai seni reka bentuk dalaman dan susun atur di Jibby East?
Pelanggan akan disambut ambien eklektik elegan disulami limpahan cahaya lampu-lampu besi tempawan. Malah, kami juga bereksperimen reka pelan duduk pelbagai yakni konvensional, berpulau dan bilik peribadi. Kebanyakkan perabot yang ada ditempah khas dan ada juga sebahagian aksesori daripada koleksi kami lewat kembara.
Jibby East dibuka setiap hari di KL East Gallery, Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Pilihan Bacaan Seterusnya
Filem Zendaya Wajib Tonton Minggu Ini!
May 14, 2026
Tod’s Vacanze Italiane Cipta Memori Musim Panas
May 14, 2026
Longchamp Perbaharui Koleksi Le Pliage Dalam Gaya Monokrom
May 13, 2026
Tarung: Unforgiven Bariskan Pelakon Lelaki Berbakat
May 13, 2026
Jam HydroConquest Edisi Terhad Buat Sukan Komanwel 2026
May 13, 2026
Fromage Jadi Destinasi Keju Artisan Pertama KL
May 13, 2026
Ini Cara Re-apply Sunscreen Tanpa Kacau Solekan
May 12, 2026

