Rekaan Hebat – Rekaan Asimetri Aesop Burner
Teks : Suhana Desa
Direka untuk Aesop oleh Studio Henry Wilson, Brass Oil Burner terhasil daripada bahan tembaga dari Australia menggunakan proses wax casting – teknik kuno menggunakan acuan lilin untuk membuang objek logam, selain untuk memastikan setiap acuan mempunyai karakter dan tembaga patina yang akan berubah dari masa ke masa. Dengan berat dianggarkan satu kilogram, reka bentuk tembaga terhasil secara tidak sekata dalam ukuran yang sama.

Kolaborasi Aesop dan Henry Wilson sebelum ini telah menyaksikan pelancaran dua butik signatur Aesop dan dipamerkan di Aesop Brera, Milan Salone del Mobile pada tahun 2017. Rekaan Henry terinspirasi oleh asimetri, keindahan yang tidak sempurna dalam proses mencairkan tembaga, dan proses ritual yang senyap dalam nyalaan lilin.
Menurut Pengurus Besar Produk dan R&D Aesop, Dr Kate Forbes, “Brass Oil Burner adalah produk pertama Aesop yang menggabungkan keghairahan reka bentuk, fungsi dan aroma ke dalam satu produk.”

Aesop Brass Oil Burner
Tambahnya, “Kami bekerjasama dengan Studio Henry Wilson untuk mencipta sebuah bekas tembaga kontemporari, penyatuan reka bentuk malar segar untuk membakar campuran minyak pembakar Aesop.”
Brass Oil Burner memberi cabaran kreatif untuk Wilson dan Aesop, dalam proses perkembangan reka bentuk produk.
“Kami bereksperimen dengan pelbagai bentuk dan bahan produk, kerana setiap perubahan reka bentuk dan pilihan bahan mempengaruhi fungsi objek. Kami akhirnya menggunakan tembaga untuk sifat pemindahan haba unggulnya, keupayaan dan kehangatannya, dan gabungannya yang panjang dengan cahaya lilin. “
Arkib GLAM Deko Disember 2018
Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
