fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Rangkaian Dior HOME
10 Idea Dekorasi Meja Makan Untuk Keraian Istimewa
Ruang – Solusi Sistematik Unit Storan
Galeri Deko – Ringkas dan Klasik Gaya Rozel
GLAM Deko Kediaman – Persona Glam Chic

Kediaman – Banglo Post-Colonial Gaya Inggeris

Jalinan kuat alam dan seni bina bersatu. Dikepung kehijauan landskap nan indah, banglo post-colonial berlokasi di Mutiara Homes, Kota Damansara ini bak saujana mata memandang, redup, asyik dan mempersonakan.

Asyik menyaksikan kelibat ikan koi berenang-renang di dalam kolam, sang itik berpasangan mengapung di permukaan air, bunyi desiran air pancuran yang mengalir menerbitkan satu rasa yang sukar untuk digambarkan. Dikelilingi pagar dan rimbunan pepohon pelbagai spesis yang bertindak menutupi pandangan luar, banglo ini seolah-olah terasing dari kesesakan persekitarannya. Struktur seni bina banglo yang diilhamkan dari era post-colonial diberi nafas dekorasi sepenuhnya oleh pemilik, menterjemahkan sepenuhnya usaha, tenaga dan kreativiti bagi menerbitkan keindahan landskap yang unik dan tersendiri.

5 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse
5 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse