Libur – Romantis Alam Di Avani Gold Coast Sepang
Semangat alam kuat membentuk ambien dan persekitaran resort, menggabungkan kecantikan dan keindahan tropika, menjadikan Avani Gold Coast Resort Sepang pilihan romantik penginapan vila atas air buat pasangan berbulan madu atau menyambut hari kekasih, jauh dari sesak kota.

Pelawaan meneroka penginapan bertemankan keindahan persekitaran resort yang menjanjikan ketenangan, juga privasi untuk bersama tersayang, tidak mungkin dilepaskan. Perjalanan yang mengambil masa 45 minit dari kota metropolitan dan hanya 90 minit dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur, membawa GLAM Deko menyelusuri jalan pinggir bandar, ditemani pepohon hijau di kiri dan kanan jalan. Rasa tenang dan damai semakin menebal menambah keterujaan untuk merasai pengalaman indah di sini.
INTIM ALAM
Melangkah masuk ke ruang lobi, mata terus menangkap keindahan struktur binaan dan dekorasi ruang; menyuntik rasa teruja untuk menikmati rasa indah dan damai di sini. Dipengaruhi seni bina tropika, Avani Goldcoast Sepang memperlihatkan seni bina kontemporari resort jalinan warna alam, material kayu dan batu yang mendominasi, selain reka bentuk perabot yang seiring dengan keseluruhan penataan. Memayungi 315 vila atas air yang diinspirasikan gaya Polinesia kontemporari, dengan pilihan vila satu, dua atau tiga bilik.

Artikel Berkaitan
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
