fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Pilihan Skema Warna Sesuai Untuk Kediaman
Inspirasi – Sofa Generasi Baharu Jenama Rozel
Pembukaan Semula Atelier Asnières dan Galeri Louis Vuitton.
GLAM Deko PROMOSI – Jun 2016
#StayHomeWithGD: Panjangkan Jangka Hayat Peti Sejuk
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Santai > Sajian – Resipi Pasta Pepperoni Daging dan Tomato Berkrim

Sajian – Resipi Pasta Pepperoni Daging dan Tomato Berkrim

Hidangan berasaskan pasta adalah sajian paling mudah untuk disediakan buat seisi keluarga. Ia tidak memerlukan banyak bahan dan boleh dimasak dalam satu periuk sahaja serta lengkap dengan pelbagai nutrisi. Jika anda tidak mahu mengemas selepas memasak, boleh cuba resipi mudah pasta pepperoni Daging dan Tomato Berkrim ini.

Bahan – bahan

200 gm pasta spiral

1.5 cawan stok daging

1 biji bawang besar dihiris nipis

6 biji bawang putih dihiris nipis

1 bunjut garni (campuran herba parsli, thyme, daun salam)

50 gm kepingan daging pepperoni

2 sudu besar pes tomato

1 tin tomato cincang

2 tangkai daun basil

2 sudu besar minyak zaitun

Garam dan lada hitam secukup rasa

100 ml krim memasak (cooking cream)

Keju parmesan

Cara menyediakan

  1. Masukkan kesemua bahan kecuali krim memasak dan keju parmesan ke dalam periuk. Biarkan mendidih seketika.
  2. Kacau pasta agar tidak melekat.
  3. Perlahankan api, masak sehingga pasta lembut al dente dan kuah memekat.
  4. Kemudian, masukkan krim memasak dan kacau sehingga sebati.
  5. Keluarkan bunjut garni dan tangkai daun selasih.
  6. Taburkan daun selasih bersama keju parmesan untuk menghidang.