fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
GLAM Deko Destinasi – Tanggam Design Centre
Ruang – Cara Mudah Ubah Suai Dapur
GLAM Deko Tips – Penjagaan Kertas Dinding
Destinasi – Ruang Lokal The LINC KL
Trend – Perabot Multifungsi
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Inspirasi > Idea Perabot Modular Untuk Setiap Ruang

Idea Perabot Modular Untuk Setiap Ruang

Seperti yang diketahui, perabot modular mempunyai banyak kelebihan dan kini ramai sudah beralih untuk menghiasi kediaman mereka dengan perabot jenis ini. Ia menjimatkan ruang kediaman selain mempunyai banyak fungsi dalam reka bentuk tunggal. GLAM Deko kongsikan idea bagaimana untuk meletakkan perabot modular bagi setiap ruang kediaman.

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

RUANG TAMU

Apabila seseorang menganggap konsep modular untuk ruang trafik yang paling tinggi di rumah, sofa adalah perkara pertama yang difikirkan. Sofa Jasper II dari King Living adalah contoh ideal, dengan platform dan kusyen yang dapat dipisahkan untuk memenuhi setiap ruang. Ia juga mempunyai rak bergerak dan di bawah kerusi direka ruang penstoran yang menyediakan ruang yang luas untuk mengelakkan ruang kelihatan sesak. Lihat juga meja kopi; yang ini datang dengan unsur-unsur asas yang boleh dialih dan berubah fungsi menjadi tempat duduk tambahan atau ottoman yang selesa, kemudian dikembalikan semula ke dalam bentuk asal untuk menjimatkan ruang.

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse