fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Ruang – Cipta Zon Peribadi
YB Nurul Izzah Rasmi Pelancaran Aplikasi TEMPAH, Platfrom Digital Perniagaan Islamik
Ruang – Ilham Home Spa
Cara Terbaik Tanggal Kertas Dinding
Kediaman – Butik Peribadi

Kediaman – Terjemahan Seni Moden

Melangkah masuk dari arah pintu utama ke ruang kediaman tiga tingkat ini untuk menonjolkan keindahan ruang yang memukau. Ruang tamu dan dapur pelan terbuka yang luas, dan berkongsi pelan lantai yang sama. Ruang bawah menerima pencahayaan maksimum dari arah binaan pintu gelangsar kaca, menciptakan ambien ruang hebat. Penataan ruang diperhebatkan dengan pilihan perabot jenama pereka antarabangsa yang disempurnakan dengan pencahayaan sempurna dalam menonjolkan karakter setiap satunya. Sebuah lukisan besar oleh artis Lim Tze Peng tampil menyerlah dikepung kawasan hijau pada latar ruang utama.

Kediaman ini bertukar wajah, yang dahulunya diilhamkan elemen Bali dalam warna-warna hangat. Namun pemilik menginginkan perubahan maksimum dengan mengetengahkan reka bentuk moden yang lebih elegan dengan proses renovasi secara mutlak.

Impian pemilik direalisasikan oleh pereka bentuk dari Bowerman Interior Planner, Chris Huang "Sebagai seorang yang gemar mengembara dan mempunyai cita rasa yang tinggi, pemilik inginkan hanya perabot dan kelengkapan rumah yang berkualiti dan terbaik melengkapi ruang kediaman. Kami bermula dengan lantai marmar kelabu, yang menjadi asas kepada keseluruhan reka bentuk," terang Chris. Pilihan perabot jenama pereka termasuk sofa Minotti Hamilton daripada fabrik tweed putih, dan permaidani handwoven biru-kelabu dari India menjadi statement buat penataan ruang.

7 of 7Next
Use your ← → (arrow) keys to browse
7 of 7Next
Use your ← → (arrow) keys to browse