Memiliki sepasang kembar lelaki dan perempuan Leo Siva & Jade Siva, January Low Siva punya pengalaman berbeza sebagai ibu kepada bayi kembar. Ikuti kisahnya.
“Jade yang lebih suka bergaul dan mesra, manakala Leo lebih senyap dan selalunya perlu sedikit masa untuk warm up untuk mula mesra dengan orang. Yang jelas, Leo lebih lasak berbanding Jade,” beritahu January tentang kedua-dua pasangan kembar mereka. Memiliki dua orang anak dalam masa yang sama, lebih-lebih lagi pasangan kembar memerlukan banyak research.
Bagaimana pula January dan suami menghadapinya? “Kami perlu membeli dua barang yang berbeza yakni untuk bayi lelaki dan juga perempuan. Kami pastikan kajian dari segi hal-hal bayi dan membeli perkara-perkara yang boleh membesar dengan anak-anak supaya barangan yang dibeli dapat digunakan untuk tempoh yang lebih lama. Selain itu, saya juga melalui sesi untuk menyediakan emosi untuk menerima kehadiran mereka dengan melakukan beberapa sesi reiki serta NLP (Program Neurolinguistic) yang membuat saya mengingati masa lalu dan dalam masa yang sama memulakan perjalanan saya sebagai seorang ibu atau bapa dengan kanvas emosi yang bersih.”
Berkongsi kisah ketika hamil, “The first trimester was a nightmare. Saya sering rasa loya dan tidak boleh minum air. Ia bukan mudah tetapi apabila masuk trimester kedua, ia mulai berkurangan. Seperti mana-mana ibu, pastinya permulaan kehamilan adalah sentiasa yang paling sukar kerana anda dan bayi anda kedua-dua sedang membiasakan diri dengan satu sama lain, apatah lagi bila hamil kembar? It is almost impossible! “Apabila mereka membesar, rutin harian jadi lebih mudah walaupun ada antara situasi yang tidak dapat saya lupakan. Antaranya, ketika Jade masih kecil, dia sering menarik rambutnya dan akan menjerit kerana tidak tahu bagaimana untuk melepaskannya. Leo pula sangat crancky sehinggalah dia pandai berjalan. Dia sentiasa mahu yang didokong dan benci ditinggalkan sendirian dalam playpen. Leo suka aktiviti outdoor seperti bermain dengan haiwan. Jade sebaliknya suka bermain dengan kanak-kanak lain dan set legonya.”

Bila ditanya tentang perasaannya menjadi ibu kepada si kembar, “Saya percaya semua ibu adalah istimewa dan mereka akan melakukan apa sahaja bagi memastikan anak-anak mereka membesar dalam persekitaran yang selamat. There is no love like a mother’s love. Like any other mother, I take each day as it comes and do my best.” January dan suami mengetahui tentang kehamilan semasa pemeriksaan pranatal kedua, pada minggu kelapan. “Kami sangat terkejut dan mengambil sedikit masa untuk mempercayai berita indah itu. Kami juga diberitahu bahawa ia berisiko tinggi dan menunggu hingga trimester pertama berlalu sebelum berkongsinya dengan keluarga.”
Jade dan Leo mengikut jadual yang sangat ketat dan dilatih untuk tidur sendiri. Tidak perlu ditidurkan ataupun ayunan. Ini memberi masa kepada January dan membolehkannya melakukan perkara-perkara lain ketika mereka sedang tidur. “Mereka mempunyai personaliti yang bertentangan, bijak dan apa yang saya suka tentang mereka adalah apabila melihat kesukaan mereka dan keazaman mereka, yang sangat jelas meski pada usia yang muda,” tambahnya.
Artikel Berkaitan
OiYO Holiday Pals: Koleksi Ceria Baharu Untuk Si K...
GLAM Junior: Syed Armand Mateen Cahaya Mata Sulung...
5 Hotel Mewah Mesra Kanak-Kanak Terbaik Di Malaysi...
5 Tanda Awal Keguguran Patut Ibu Peka
Elak Mual First Trimester: 5 Makanan Wajib Ada Dal...
Koleksi Stitch x Montigo Edisi Terhad Untuk Pemina...
Muhammad Faliq: Anugerah Terindah Puteri Aishah
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.

