Ikon Fesyen: Shalom Harlow
4 Bentuk Cermin Mata Hitam Untuk Penampilan Lebih Sempurna
Gemilangkan Fesyen Tanah Air
15 Gaya Emmy Awards 2023 Terbaik Pilihan Glam
GLAM PERSONA: Alicia Amin The Agent Of Change
Home > Fesyen > GLAM Style File: Bintang Stail Era Millenial Ain Edruce

GLAM Style File: Bintang Stail Era Millenial Ain Edruce

Prev1 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

Model, pengacara, aktres dan graduan komposisi muzik Nurulain bte Edruce atau lebih dikenali sebagai Ain Edruce bukanlah calang-calang orangnya. Dibesarkan dalam sebuah keluarga yang tegas namun pada masa yang sama memberi kebebasan untuk membuat keputusan sendiri, anak keempat daripada lima beradik ini menamatkan pengajiannya terlebih dahulu sebelum memulakan kerjayanya dalam industri ini sebagai model sambilan dan kemudiannya pengacaraan dan lakonan. Apa yang unik tentang gadis ini, selain suara unik dan bakatnya, adalah pilihan fesyennya yang sama padan dengan personalitinya. Ain yang pernah ditampilkan dalam GLAM Personaliti untuk isu September 2017 sering membuktikan yang dia mempunyai sense of styleyang kena pada masa dan situasi. GLAM senaraikan look kegemaran kami yang pernah digayakan oleh Ain. Klik seterusnya.

 
Prev1 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse