5 Highlight Terbaik Sepanjang KLFW 2024
By
Zahirah Zulkhairi
Zahirah Zulkhairi
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandun...
Read Full Bio|
Aug 05, 2024
Sangat memukau, tirai Kuala Lumpur Fashion Week 2024 telah pun berlabuh pada hari Ahad. GLAM menyenaraikan lima highlight sekitar tujuh hari berlangsungnya Minggu Fesyen yang penuh gemilang ini.
Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) kini sudah pun berakhir! Pusat beli-belah ikonik Suria KLCC serta KLCC (Holdings) Sdn Bhd buat pertama kali menjadi destinasi tuan rumah untuk tahun ini. Sudah pasti, minggu fesyen yang ikonik ini mempunyai momen-momen yang tidak dapat dilupakan.
Berikut Ialah 5 Highlight Terbaik Sepanjang Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW 2024)
Jom kita imbas satu persatu!1. Koleksi Abu Cultura
Pereke fesyen terkenal, Abu Shaef Hamza mempersembahkan sebuah koleksi yang cukup mengagumkan di KLFW 2024. Yuna yang merupakan muse untuk Abu Cultura Collection ini menampilkan sehingga 60 helaian. Koleksi ini juga merupakan antara pertunjukkan fesyen pilihan GLAM yang menyerlahkan keunikkannya yang tersendiri daripada koleksi kasual ke koleksi futuristik.
2. Kemunculan Istimewa Dato’ Seri Vida
Dato’ Seri Vida yang merupakan muse kepada Behati menutup acara pertunjukan fesyen tersebut di Kuala Lumpur Fashion Week 2024 dalam balutan busana dengan mesej yang jelas. Kelihatan memukau dan berani menyarung gaun rona merah, hijau, hitam dan putih sambil menjinjit beg berwarna merah.
3. Koleksi Act III: Future oleh Alia Bastamam
Tidak pernah mengecawakan, himpunan Alia Bastamam di KLFW tahun ini sentiasa mengekalkan momentum dan identitinya namun dalam nuansa yang lebih segar. Pereka fesyen tempatan itu memberi previu anggun di KLFW sebelum mempersembahkan himpunan penuh musim bunga 2025 di Dubai pada September ini. Alia Bastamam sentiasa on point dalam pemilihan fabrik, rona ombre dan siluet yang feminin.
4. Pereka Fesyen Muda Di KLFW 2024 Pilihan GLAM
Pereka fesyen muda yang semakin meningkat naik dan kegemaran penggemar fesyen genarasi kini, MSYD menampilkan koleksi ‘Sophomore’ di KLFW 2024 pada hari terakhir acara pertunjukkan fesyen. Graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) ini semakin terserlah dan berani bermain dengan warna, tekstur, penggunaan fabrik dan pattern yang menarik.View this post on Instagram
5. Kemunculan Istimewa Penyampai Radio ERA
Sangat mengejutkan! Super Sunday kolaborasi bersama radio tempatan ERA dan membuat kemunculan unik membariskan model penyampai radio. Antara yang turut menyertai pentas landasan fesyen ialah Nabil Zira, Fazziq Muqris, Hawa Rizwana Redzuan, Munaa Bella, Shasha Nadira Rosli dan Radin. Artikel berkaitan: Debaran KLFW 2024 Hampir Menjelang Tiba!
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
