Tiffany & Co. Bawa Ikon Bird on a Rock Dalam Gaya Berani
5 Item Wajib Miliki Daripada Louis Vuitton x Yayoi Kusama
Fesyen Selebriti Paling GLAMour di Le Grand Dîner du Louvre
Neelofa Takluki Milan Dengan Fesyen Muslimah
Gaya Suicide Squad Margot Robbie
Home > Fesyen > Ikon Fesyen: Daphne Guinness

Ikon Fesyen: Daphne Guinness

1 BERDARAH ARISTOKRAT Siapa tidak kenal keturunan Guinness yang terkenal dalam industri pembuatan minuman keras paling berpengaruh di dunia. Daphne Diana Joan Susanna Guinness ialah pewaris asal keturunan Arthur Guiness dan anak kepada Jonathan Guiness dan Suzanne Lisney.   2 LADY GAGA MENGAGUMINYA Kata Lady Gaga, “Daphne membantu saya untuk lebih mengenali diri. She’s like a huge source of inspiration for me.” Karisma seorang idola atau fesyen mogul yang dibawa oleh Daphne Guinness sentiasa menjadi inspirasi dan ikutan fesyenista dunia. Dia juga turut menjadi ahli panel juri bagi Dochester Fashion Prize.   GAYA RANGGI Setiap langkahnya bersama sepatu tinggi dan stail kesukaannya pasti menyerlahkan gaya yang ranggi dan mewah. Sekitar 2008, Guinness membuat lelongan pakaiannya sendiri bagi memperolehi sumber kewangan untuk projek amal Womankind, iaitu badan kebajikan bagi menaiktaraf kehidupan wanita di negara membangun.   3 INSPIRASI PEREKA DAN JURUSOLEK Rumah fesyen Akris pernah berkolaborasi dengan Daphne Guinness sebagai wajah kempen sekitar 2009. Keunikan wajah bujur sirih serta personanya turut menjadi inspirasi kepada jurusolek terkemuka dunia, Francois Nars.   4 MAHU JADI PENYANYI OPERA Selain memiliki pengaruh tersendiri dalam dunia fesyen, Daphne Guinness obses dengan buku ilmiah. Hari-hari mendengar muzik klasik Inggeris serta berangan-angan menjadi penyanyi orkestra.