Ini Lima Maskot Coachies oleh Coach!
Bagaikan satu semangat yang cukup girang, Coach melancarkan koleksi khas bernama Coachies dengan lima bintang utamanya!
Coach mahu mewujudkan larger than live personality buat koleksi yang satu ini. Maka tiga item Coach yakni beg Rouge, beg silang Kira dan dompet kad dipilih untuk himpunan Coachies! Kesemua item eksklusif ini hadir dengan lima watak yang berbeza-beza. Ia membawa karakter lebih bersahaja dalam dunia yang makin dilihat cukup serius! Tambah gayamu dengan gaya humor daripada Stuart Vevers buat Coachies di Coach!
- Dompet Kad
- Beg Silang Kira
Koleksi edisi terhad Coachies ini adalah satu usaha Coach dalam mempertunjukkan seni kraf mereka. Setiap beg dihasilkan menggunakan material ikonik Coach yakni glovetanned yang cukup lembut. Bagi menaikkan lagi nilai seni kraf pada himpunan ini, Coach turut memberikan perincian seni tiga dimensi pada permukaan beg seperti tampalan mata dan bibir. Nyata memberi karakter yang unik pada Coachies semua!
https://www.instagram.com/p/ChEM101JFj0/
Beg Rogue sudah diperkenalkan sejak 2016 dan ia menzahirkan karakter yang pelbagai. Jika anda seorang yang berjiwa bebas, rebels dan hidup dengan penuh impian, beg ini mampu menjadi pelengkap gaya. Beg edisi terhad ini turut menggunakan Signature Textile Jacquard, yang diperbuat mengggunakan bahan kitaran plastik dan kapas. Satu usaha murni Coach dalam menjaga kelestarian alam sekitar!
KENALI LIMA WATAK COACHIES!
Pilihan Bacaan Seterusnya
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relevan
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muziknya
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa Pada Diri
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears Prada 2
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears Prada
Apr 22, 2026



