Era Baharu Dior Bersama Jonathan Anderson
Fesyen Hebat Met Gala 2015
Pementasan Barisan Hadapan Di Chanel Musim Luruh 2016
Interpretasi Elemen Feminin Franck Muller Melalui Vanguard Lady
15 Gaya Memukau & Gagal Menyerlah Di Oscar 2024
Home > Fesyen > Berita > Irina Shayk Dan Gigi Hadid Terajui Kempen Terbaru Burberry Autumn/Winter 2019

Irina Shayk Dan Gigi Hadid Terajui Kempen Terbaru Burberry Autumn/Winter 2019

Kempen Autumn/Winter 2019 Burberry akhirnya tiba dan diterajui dua supermodel handalan dunia, Irina Shayk dan Gigi Hadid. Jenama fesyen Ricardo Tisci kali ini berkolaborasi bersama dengan jurukamera hebat Danko Steiner dan Nick Knight. Video kempen ini menyaksikan Irina dan Gigi serta model lain memperakan koleksi ini di pantai. Jelas Irina, beliau menyukai arahan dan visi untuk koleksi Burberry baru ini. Ada elemen genius dalam kreativitinya, dan ia nyata mengujakan. Apatah lagi bekerjasama dengan dua jurukamera hebat, bersama pasukan yang komited untuk kempen ini. Gigi menambah pula, “Koleksi Burberry ini benar-benar menangkap perspektif lain serta personaliti dunia hari ini, dan saya boleh merasai hubungan ini secara peribadi. Koleksi ini turut berbicara kepada sisi feminin saya – ia lebih formal namun nyata rumit namun menawan”. https://www.instagram.com/p/B1YUn-WgTzn/