Loading media...

Unable to load content
Jenama Yuleza Sudah Masuk Babak 30 Tahun!
7 Trend Takluk Musim Lebaran 2017!
#OOTD Kuala Lumpur Fashion Week 2018 Day 3!
Citra Jam Tangan Sofistikated Ilham Audemars Piguet
Chrissy Teigen Memecah Rekod Dunia?
Home > Fesyen > Jeremy Scott Tinggalkan Kerusi Pengarah Kreatif Moschino

Jeremy Scott Tinggalkan Kerusi Pengarah Kreatif Moschino

Selepas satu dekad, Jeremy Scott mengumumkan dia bakal mengucap selamat tinggal kepada jenama fesyen mewah Itali, Moschino.

Jeremy yang bergelar Pengarah Kreatif jenama itu sejak Oktober 2013 terkenal dengan koleksi fesyen eksentrik dan luar biasa yang merujuk kepada budaya pop. Antara rekaan paling tidak dapat dilupakan adalah koleksi sulung Musim Luruh 2014 yang menampilkan huruf ‘M’ rona emas inspirasi McDonald’s. Selain itu gaun ala pembalut coklat Hershey dan cetakan wajah SpongeBob Squarepants.

jeremy scott

Foto: Getty Images

jeremy scott

Foto: Getty Images

jeremy scott

Foto: Getty Images

Siaran akhbar yang dikeluarkan oleh Moschino memuji pereka tersohor itu dengan berkata, “Jeremy Scott telah mencorak bab asas dalam legasi jenama ini menerusi gaya pop-camp yang mencuri perhatian dan jenaka tidak berlapik yang berani.”

Pereka berusia 48 tahun itu turut berkongsi pengalamannya bekerja bersama Moschino. “Perjalanan 10 tahun di Moschino telah menjadi keraian kreativiti dan imaginasi yang cukup indah. Saya amat berbangga dengan legasi yang saya tinggalkan.”

Antara rekaan eksentrik dan luar biasanya selama bertahun-tahun termasuk persalinan candelier Katy Perry di Met Gala 2019. Ini diikuti dengan transformasinya sebagai burger glamor pada malam yang sama. Dia turut menghasilkan rekaan kot trench duit Kim Kardashian, gaun inspirasi Jessica Rabbit yang digayakan Lizzo ke VMA 2019, dan memberi wajah baru kepada trofi Moon Person VMA pada 2014.

Foto: Fox News

Foto: Getty Images

Foto: Getty Images

 

Foto: Marcus Mam

Baca: Jeremy Scott & Opening Ceremony Bergabung Dengan Google