Loading media...

Unable to load content
Global Chic Dengan Cetusan Rona Bold Dan Segar
New Balance Memperkenalkan Semula Sneaker Klasik 580
Stail Paling Menawan Festival Filem Cannes 2018
Permata Mewah Pilihan Selebriti Terkemuka
Gemarkan Busana Floral America Ferrera?
Home > Fesyen > Kate Middleton Bergaya Bersama Jenama High Street

Kate Middleton Bergaya Bersama Jenama High Street

Foto: Karwai Tang / Getty Images

 

Bila sahaja puteri anggun ini tidak mencuri perhatian mata fesyen? Dari gaya elegannya di acara karpet merah, hinggakan ke look kasualnya bersama sepatu Superga, stail peribadi Kate Middleton sering menjadi perhatian lensa-lensa kamera!

 

And the best part? Beliau sering memakai jenama-jenama yang boleh diakses oleh umum! Sejurus majalah-majalah fesyen dapat mengenal pasti asal helaian yang dipakai Kate, it’s in everyone’s wardrobe  — lagi-lagi jika helaian tersebut beharga berpatutan! Duchess of Cambrige telah menghadiri acara 1851 Trust sailing roadshow di kota London pada penghujung minggu lepas.

 

Beliau mengenakan gaya signatur beliau — dandanan blowout, mekap ringan dan outfit kemas bernada kasual. Beliau menyarung seluar slack biru gelap dari J. Crew, blazer putih dari Zara, baju tee putih dan dilengkap dengan kasut tumit tinggi bermotif plaid, juga dari J. Crew. Kesemua item tersebut boleh didapati di high street dan tidaklah didatangkan bersama tanda harga yang tidak masuk akal! ‘

Inilah sebab Kate Middleton disayangi dan dikenali sebagai the other people’s princess, selepas Puteri Diana, ibu mertuanya.