Kediaman – Banglo Post-Colonial Gaya Inggeris
Jalinan kuat alam dan seni bina bersatu. Dikepung kehijauan landskap nan indah, banglo post-colonial berlokasi di Mutiara Homes, Kota Damansara ini bak saujana mata memandang, redup, asyik dan mempersonakan.

Asyik menyaksikan kelibat ikan koi berenang-renang di dalam kolam, sang itik berpasangan mengapung di permukaan air, bunyi desiran air pancuran yang mengalir menerbitkan satu rasa yang sukar untuk digambarkan. Dikelilingi pagar dan rimbunan pepohon pelbagai spesis yang bertindak menutupi pandangan luar, banglo ini seolah-olah terasing dari kesesakan persekitarannya. Struktur seni bina banglo yang diilhamkan dari era post–colonial diberi nafas dekorasi sepenuhnya oleh pemilik, menterjemahkan sepenuhnya usaha, tenaga dan kreativiti bagi menerbitkan keindahan landskap yang unik dan tersendiri.
Pilihan Bacaan Seterusnya
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relevan
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muziknya
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa Pada Diri
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears Prada 2
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears Prada
Apr 22, 2026

