Use your ← → (arrow) keys to browse
Teks : Nadia Zolkifli
Penata Gaya & Arahan Seni : Afiq Khairudin
Gambar : Wan Izhar (One Digital Solution)
Laman rumah banglo lama ini teduh dilitupi rimbunan pepohon tua yang hidup di sepanjang pinggiran jalan raya keluar masuk. Sesekali angin sepoi-sepoi menyapa, terlihat dedaun kekuningan luruh menyembah landskap subur menghijau.
Ruang tamu luar dibina seakan verandah memperagakan susun atur dua sofa bereka bentuk Scandinavian, kerusi berlengan antik Oriental, meja kayu beranyam, lampu lantai, kabinet, pasu-pasu dan perhiasan antik lainnya menyatu sempurna; melakar persona tersendiri sang penghuni.
“Asalnya, ruang ini adalah sebahagian daripada struktur parkir kereta. Namun, saya jadikan ruang duduk-duduk buat menghirup udara segar. Jubin hitam berkilat menutupi permukaan lantai menyuntik sensasi elegan pada keseluruhan wajah ruang,” bicara Leslie Variyan, pemilik kediaman.
Tiada apa yang diubah suai pada struktur banglo setingkat ini. Leslie mengekalkan reka pelan asal; kediaman ini memiliki 4 kamar beradu, 5 bilik air dan dapur. Ruang lantai utama kediaman terbahagi kepada dua ruang tamu. Meja konsol kayu sarat perhiasan seni seperti koleksi pasu, buku-buku bertindak sebagai panel pemisah antara dua ruang ini. Elegan dalam simbahan warna alami, langsung menyerlahkan keseluruhan koleksi perabot dan aksesori yang rata-ratanya jenis kayu, sarat ukiran dan berwarna kelam. Sofa fabrik baldu marun ditempah dari Janine menghiasi ruang menonton. Peti televisyen diatur di atas kabinet kayu didatangkan dari Portugal juga dibeli di Janine. Terlihat kabinet antik, The Wedding Cabinet sarat perincian ukiran tangan di pojok antara ruang tamu menuju ke ruang kamar beradu.“Membeli rumah ibarat membeli wangian diri, its very personal. Segala yang ada di banglo ini adalah apa yang dicari selama ini yakni terbina dalam bandar, struktur setingkat, keluasan tanah yang cukup besar; 7, 600 kaki persegi,” cerita Leslie yang juga pengasas dan pereka fesyen untuk jenama fesyen sedia pakai, Variante dan rangkaian couture, Variyan.
Slide untuk lihat gambar.
Use your ← → (arrow) keys to browse
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
BY Maya Kusuma
Mar 05, 2026
Le Creuset Sambut Legasi 100 Tahun Warisan & T...
BY Aesya Sofilea
May 20, 2025
GLAM Deko: Trend Hiasan Dalaman 2025
BY Yusairi Fitri
Apr 07, 2025
FENDI Casa Reka Bentuk Nafas Eksentrik Yang Menggu...
BY Maira Ikhzul
Oct 16, 2024
Song Hye Kyo Raih Keuntungan 6 Bilion KRW Dari Har...
BY Emma Raof
Sep 24, 2024
Ini 5 Artisan Lokal Barangan Rumah Untuk Dimiliki
BY Syahirah Hussain
Aug 19, 2024
6 Istana Kerabat Yang Termewah Di Dunia
BY Syahirah Hussain
Jun 04, 2024
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
