Kekal Segar Di Musim Perayaan Dengan Sentuhan ‘Linen Denim’ Levi’s
By
Syahirah Hussain
Syahirah Hussain
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full Bio|
Apr 09, 2025
Rayakan Syawal ini dengan label denim ikonik Levi’s, kini menghadirkan rangkaian koleksi dengan gabungan suntikan fabrik bermaterial linen dan denim buat kesegaran yang berpanjangan!
Sempena sambutan Aidilfitri yang penuh makna ini, Levi’s mempersembahkan koleksi baharu yang diambil ilham daripada suasana meriah yang penuh girang dan ceria. Menerusi gabungan gaya klasik dengan elemen moden, koleksi ini bukan sahaja menyerlahkan keanggunan, malah menawarkan rasa ringan dan selesa yang cukup sesuai untuk dipadukan dalam pelbagai majlis sepanjang musim perayaan ini.
Levi’s yang bukan hanya memberi fokus tentang gaya, menghadirkan tekstur unik dan siluet moden yang memperkayakan penampilan denim klasik ke dalam koleksi ini. Ia menampilkan pelbagai helaian ikonik Levi’s yang diperbaharui dan diinovasi dengan sentuhan linen. Untuk wanita, rekaan seperti blaus Gina, gaun maksi Marla Airy dan kardigan Snowflake direka untuk keselesaan maksima ketika berkunjung. Padanan denim seperti jeans Cinch Baggy, 318 Shaping Wide-Leg dan 90s Straight pula memberi sentuhan kasual buat penata gaya harian musim kini.
Bagi rangkaian koleksi lelaki pula, ia memperkenalkan variasi potongan seperti 555 Relaxed Straight dan 468 Loose Shorts dalam tona basuhan gelap dan cerah. Raya kali ini turut diserikan lagi dengan seluar XX Chino Authentic Relaxed dan Parachute Cargo II yang memberi nuansa segar pada keseluruhan penampilan. Untuk padanan lengkap, pilihan seperti Pocket Shirts, jaket Full Zip Mechanics, kemeja berkolar serta Polo Sweater memberi tampilan gaya Aidilfitri yang nyata bergaya dan versatil.
Artikel Berkaitan: Kolaborasi Vetements x Levi’s Menampilkan Bare Butt Jeans
Raya Bersama Levi’s: Gaya Klasik Bertemu Sentuhan Moden
Tumpuan utama buat koleksi kali ini adalah inovasi fabrik Linen dan Denim. Ia merupakan gabungan denim regangan ringan serta linen premium yang direka khas untuk memberikan keselesaan yang optimum. Cukup praktikal, inovasi ini memberi keupayaan ‘bernafas’ apabila dipakai. Material linen yang memiliki ciri serat semula jadi dan anyaman longgar, membantu pengaliran udara. Lantas, ia mengurangkan haba daripada terperangkap dan mampu mengekalkan rasa sejuk yang berpanjangan. Hasil akhir material ini menyerlahkan corak cross hatch dengan efek marmar lembut serta draping yang lebih beralun. Ceraian seperti XL Straight Linen+ dan 568 Loose Straight Linen ditampilkan dengan elemen lebih ringan daripada denim biasa, di mana ia menjadi pilihan tepat terutama dengan cuaca di Malaysia.
Levi’s yang bukan hanya memberi fokus tentang gaya, menghadirkan tekstur unik dan siluet moden yang memperkayakan penampilan denim klasik ke dalam koleksi ini. Ia menampilkan pelbagai helaian ikonik Levi’s yang diperbaharui dan diinovasi dengan sentuhan linen. Untuk wanita, rekaan seperti blaus Gina, gaun maksi Marla Airy dan kardigan Snowflake direka untuk keselesaan maksima ketika berkunjung. Padanan denim seperti jeans Cinch Baggy, 318 Shaping Wide-Leg dan 90s Straight pula memberi sentuhan kasual buat penata gaya harian musim kini.
Bagi rangkaian koleksi lelaki pula, ia memperkenalkan variasi potongan seperti 555 Relaxed Straight dan 468 Loose Shorts dalam tona basuhan gelap dan cerah. Raya kali ini turut diserikan lagi dengan seluar XX Chino Authentic Relaxed dan Parachute Cargo II yang memberi nuansa segar pada keseluruhan penampilan. Untuk padanan lengkap, pilihan seperti Pocket Shirts, jaket Full Zip Mechanics, kemeja berkolar serta Polo Sweater memberi tampilan gaya Aidilfitri yang nyata bergaya dan versatil.
Artikel Berkaitan: Kolaborasi Vetements x Levi’s Menampilkan Bare Butt Jeans
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
