Kemuncak Malam Tahun Baru di Angkasa
Tiada yang lebih indah meraikan musim percutian Krismas dan kemuncak malam tahun baru berlatarkan kaca langit Kuala Lumpur. Bermula dari 22 hingga 25 Disember, Nobu Kuala Lumpur menawarkan makan malam Krismas Omakase, 7 – hidangan (RM590++).
Menu diolah oleh pasukan hebat kendalian Chef Eksekutif, Philip Leong, anda tidak boleh terlepas merasai hidangan Salmon Teh Hijau dan Sotong bersama buih matcha dan sup miso Jalapeno, daging Wagyu cair dimulut dihidang bersama Wasabi Hitam, Sup Kacang Miso kemudian diakhiri pula dengan pencuci mulut panna cotta teh hijau, mousse coklat putih.
Atau anda boleh pilih untuk menjamu di waktu tengahari pada harga RM250++ seorang . Malam kemuncak tahun baru pula boleh jadi lebih gemilang di Nobu sambil menikmati hidangan 7 – menu New Year’s Eve Omakase (RM645++) atau makan tengahari bermula dari 29 Disember hingga 1 Januari 2019.
Tempahan boleh dibuat melalui laman web Nobu KL.
Slide untuk lihat gambar.
Pilihan Bacaan Seterusnya
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relevan
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muziknya
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa Pada Diri
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears Prada 2
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears Prada
Apr 22, 2026

