Koleksi ‘The Nisa dUCk” Meraikan Kaum Wanita Sempena Lebaran Kali Ini
Kempen Miu Miu L’Eté Menyuntik Nuansa Alam Semula Jadi
Love Is All Himpunkan 12 Bintang Global Buat Cartier
Farah Khan Lancar Koleksi Skarf Bersama Caramel
Trend Musim Luruh Anda Perlu Ikuti
Home > Fesyen > Kolaborasi Terbaru Edisi Terhad Tiffany & Co. Ibarat Seni

Kolaborasi Terbaru Edisi Terhad Tiffany & Co. Ibarat Seni

Jenama barang kemas terkenal dengan potongan berlian mereka dan juga warna biru ikonik  mereka, Tiffany & Co. baru sahaja melancarkan koleksi kolaborasi antara mereka dan pereka barang kemas Eddie Borgo.

 

Di bawah arahan pengarah pereka Tiffany & Co. Francesca Amfitheatrof, mereka telah menghasilkan tujuh bentuk barang kemas untuk koleksi ini yang diinspirasikan oleh seni Greek dan pada masa yang sama memberi penghormatan kepada pengasas New York’s Whitney Museum of American Art, Gertrude Vanderbilt Whitney.

 

Francesca menyatakan bahawa Eddie telah mengabungkan gayanya yang agak edgy dengan unsur klasisisme dan menghasilkan sesuatu yang baru.

 

“Kami punyai satu legasi di mana kami mencari kecantikan dan inovasi, jadi kolaborasi seperti ini — di mana kami bekerjasama dengan pereka-pereka yang mempunyai pandangan yang tertentu — menghasilka rekaan yang unik dan segar.”

 

[soliloquy id=”58933″]

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid