Koleksi COS SS26 Membingkai Keanggunan Sinematik Di Seoul
By
Syahirah Hussain
Syahirah Hussain
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full Bio|
Apr 08, 2026
Buat pertama kalinya, COS mempersembahkan koleksi Spring Summer 2026 di Seoul dengan pendekatan yang cukup sinematik, sambil menghimpunkan barisan bintang terkemuka di dalam satu ruangan yang sama.
Untuk koleksi terkini Musim Bunga/Musim Panas 2026, label COS memilih untuk mengalihkan fokusnya hingga ke Seoul. Ia merupakan sebuah langkah yang terasa segar namun tetap selari dengan bahasa estetiknya yang tenang dan terukur. Buat pertama kalinya, jenama ini mementaskan koleksinya di Korea, membawa bersama pendekatan yang lebih sinematik dalam penceritaan visual. Bukan sekadar menghimpunkan busana, tetapi ia juga sebuah pengalaman yang mengolah memori gaya era 80-an dan 90-an ke dalam konteks masa kini. Di mana, ia halus, terkawal dan juga berlapis. Siluet yang dihadirkan turut berbicara dalam nada yang understated, namun penuh dengan ketelitian dari segi potongan, material serta keseimbangan antara struktur serta gerakan.
Barisan tetamu yang hadir memperkukuh lagi aura eksklusif pentas peragaan ini. COS menghimpunkan figura-figura berpengaruh dari pelbagai lapangan industri kreatif. Antara yang mencuri perhatian termasuk Alexander Skarsgård, Park Gyuyoung, Seungkwan, Ella, Irene Kim, Sooyoung Choi, Lee Dong-wook dan ramai lagi. Kehadiran mereka ini tidak sekadar melengkapkan visual acara, tetapi turut mencerminkan jangkauan global COS yang semakin meluas, sekali gus memperlihatkan kedudukannya sebagai jenama yang terus relevan dalam lanskap budaya fesyen kontemporari.
Artikel berkaitan: COS Archive Edition : Inspirasi Bauhaus
COS Mengambil Alih Kota Seoul Buat Pentas Peragaan Koleksi Musim Bunga/Musim Panas 2026
Persembahan berlangsung dalam ruangan yang berinspirasikan brutalist di pinggir kota, yang mana elemen seni bina yang mentah dimanipulasi menjadi latar yang hampir surreal. Tanpa perlu terlalu dramatik, set ini bergantung pada permainan skala, tekstur serta suasana yang nyata membina pengalaman yang mengasyikkan. Bunyi kota dijadikan latar memberi lapisan realiti kepada keseluruhan persembahan, sementara pergerakan barisan model yang tenang dan terkawal menambah rasa sinematik. Ia seolah-olah setiap langkah adalah sebahagian daripada naratif yang lebih besar. Kabus nipis yang menyelubungi ruang pula memperhaluskan visual, menjadikan setiap busana muncul dengan kehadiran yang lebih lembut tetapi tegas. Daripada segi rekaan, koleksi musim ini bergerak dalam palet yang cukup restrained. Gabungan rona neutral seperti kelabu, krim, putih dan coklat yang diselang-seli dengan ton lebih dalam, lantas memberi kedalaman secara keseluruhan. Eksplorasi material juga memainkan peranan penting, dengan pilihan fabrik yang memiliki kilauan halus, tekstur ringan serta elemen transparensi yang memberikan dimensi kepada setiap pergerakan. Buat koleksi wanita, siluet minimalis diperkaya dengan struktur bahu yang lebih jelas dengan suntikan elemen layering yang lembut, manakala penggunaan fabrik seperti sutera dan knit halus pula mencipta alunan yang elegan. Dalam pada itu, koleksi lelaki menampilkan tailoring yang lebih santai tetapi kemas, dengan sentuhan utilitarian yang bersahaja. Tidak lupa juga dengan deretan aksesori yang melengkapi keseluruhan naratif dengan pendekatan yang bersih dan moden, lalu mengekalkan kesinambungan estetika buat koleksi.
Barisan tetamu yang hadir memperkukuh lagi aura eksklusif pentas peragaan ini. COS menghimpunkan figura-figura berpengaruh dari pelbagai lapangan industri kreatif. Antara yang mencuri perhatian termasuk Alexander Skarsgård, Park Gyuyoung, Seungkwan, Ella, Irene Kim, Sooyoung Choi, Lee Dong-wook dan ramai lagi. Kehadiran mereka ini tidak sekadar melengkapkan visual acara, tetapi turut mencerminkan jangkauan global COS yang semakin meluas, sekali gus memperlihatkan kedudukannya sebagai jenama yang terus relevan dalam lanskap budaya fesyen kontemporari.
Artikel berkaitan: COS Archive Edition : Inspirasi Bauhaus
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
