Senarai Penuh Pencalonan CFDA Awards 2015
Menyelusuri Berlian Mewah Tiffany & Co
Panduan Memilih Beg Kerja Sempurna untuk Semua Jenis Tubuh
Keindahan Via Condotti Muncul Di Butik Bvlgari
Millennial It-Girl: Amelia Henderson
Home > Fesyen > Koleksi Terbaharu Anya Hindmarch Ketengahkan Individualiti

Koleksi Terbaharu Anya Hindmarch Ketengahkan Individualiti

  Jika dahulu mereka terkenal dengan rekaan beg kanvas “I’m Not A Plastic Bag”, jenama British ini bakal menggegarkan dunia fesyen sekali lagi — kali ini dengan koleksi terbaharu Build A Bag mereka. Ia  baru sahaja dilancarkan buat musim luruh 2017!    The Bucket Bag, iaitu gaya baharu buat musim luruh 2017 memberikan vibe personal kepada si pemakai. Hal ini kerana tiada satu beg yang sama kerana setiap satu boleh direka mengikut cita rasa tersendiri. Si gadis fesyen boleh berikan spotlight kepada gaya peribadi sendiri melalui 3 langkah yang mudah dan ringkas!     Pertama, pilih base kamu. Pilihannya termasuklah saiz besar dan kecil dalam kulit biasa atau kulit ular, namun kedua-dua saiz sangat ringan! Ia juga didatangkan dalam pelbagai warna bak pelangi. Kedua-dua material berlapik suede.   Kemudian, pilih pemegang — dari bulu mink, shearling, eksotik dan kulit dalam berbagai-bagai rona warna. Kamu juga boleh pilih strap bahu jenis sulam, penghias lekap atau kulit bagi feel klasik. Akhir sekali dan yang paling penting, aksesori! Charm beg (bulu mink, kulit dan shearling), key fob, tassel dan penghias lekat.   Dengan beratus-ratus kombinasi yang berbeza, setiap Build A Bag unik seperti si empunya. Mungkinkah ia menjadi staple almari anda?