Related Stories
Koleksi ‘The Nisa dUCk” Meraikan Kaum Wanita Sempena Lebaran Kali Ini
By
Syahirah Hussain
Syahirah Hussain
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full Bio|
Mar 26, 2024
‘The Nisa dUCk’ merupakan koleksi raya terbaru yang dilancarkan secara berperingkat oleh sebuah jenama lokal terkenal, dUCk. Koleksi raya ini memberi tumpuan dalam meraikan para wanita sempena Raya 2024. Kempen edisi lebaran kali ini bukan lah sekadar raya semata-mata, namun ianya penuh dengan maksud yang mendalam dan istimewa.
Diadaptasi daripada perkataan An-Nisa yang bermaksud ‘wanita’ dalam bahasa Arab, The Nisa dUCk menampilkan koleksi yang meraikan kaum wanita. Koleksi raya ini adalah tentang tanda penghormatan kepada kaum wanita di seluruh dunia khususnya buat wanita beragama Islam. Tudung, baju raya dan beg antara item yang ditampilkan dalam koleksi buat lebaran tahun ini.
Koleksi tudung The Nisa dUCk diberi nama bersempena ikon-ikon wanita Islam seperti Khadijah, Aisha, Sumayyah, Aminah, Safiyyah dan Fatima. Perkataan bahasa Arab An-Nisa menjadi inspirasi bagi corak tudung dalam koleksi ini, di mana ianya juga merupakan surah yang terdapat di dalam kitab suci Al-Quran. Perkataan ‘Nisa’ ini diterjemahkan menjadi kaligrafi bahasa Arab yang dilukis semula menjadi corak cebisan kelopak bunga. Kemudian, menghasilkan rupa bentuk sekuntum bunga nan indah yang penuh makna. Bunga Nisa dalam corak tudung ini menjadi cerminan kekuatan, kecantikan dan kelembutan buat para wanita.
Koleksi ‘The Nisa dUCk’ dimeriahkan lagi dengan versi Luxe bagi koleksi tudung dan baju raya. Di mana, koleksi ini menampilkan tudung yang diperbuat daripada 100% sutera tulen dengan hiasan manik. Baju raya dUCk yang mempunyai mutiara halus sesuai dipadukan dengan tudung versi Luxe ini. Kempen pelancaran ini ditonjolkan melalui #dUCkTravels yang merupakan salah satu kempen jenama dUCk yang membawa pengikut-pengikut mengembara secara alam maya di sosial media. Seluruh koleksi ‘The Nisa dUCk’ dilancarkan oleh pengasas dUCk, Vivy Yusof secara berperingkat pada Mac 14, Mac 19 dan Mac 25.
Artikel Berkaitan: The Heritage Duck Beri sentuhan Legasi Warisan Lebaran Ini!
‘The Nisa dUCk’, Koleksi Lebaran Yang Meraikan Kaum Wanita

Pelbagai Variasi ‘The Nisa dUCk’ Mengikut Cita Rasa Tersendiri
Setiap individu semestinya memiliki cita rasa yang berbeza-beza. Koleksi yang menawan ini menawarkan tiga variasi berbeza mengikut pilihan hati masing-masing. Untuk lebih terperinci, variasi pertama adalah cetakan ‘The Nisa dUCk’ versi penuh yang sesuai buat penggemar corak maksimal. Seterusnya, buat mereka yang bersifat minimalis pula, variasi kedua adalah jawapannya kerana ianya mempunyai corak yang sama namun lebih minimal. Manakala variasi ketiga adalah tudung dengan corak ‘The Nisa dUCk’ versi maksimal dan versi minimal tetapi dengan sentuhan kemilau ‘Swarovski’. Manik-manik Swarovski yang menghiasi variasi terakhir ini sesuai buat mereka yang menginginkan kilauan dengan rasa glamor. Selain itu, jenama dUCk juga amat mementingkan kehendak pelanggan. Ketiga-tiga variasi ini boleh didapati dalam bentuk selendang mahupun dalam bentuk segi empat sama yang diperbuat daripada sutera satin kegemaran peminat dUCk!
Koleksi ‘The Nisa dUCk’ dimeriahkan lagi dengan versi Luxe bagi koleksi tudung dan baju raya. Di mana, koleksi ini menampilkan tudung yang diperbuat daripada 100% sutera tulen dengan hiasan manik. Baju raya dUCk yang mempunyai mutiara halus sesuai dipadukan dengan tudung versi Luxe ini. Kempen pelancaran ini ditonjolkan melalui #dUCkTravels yang merupakan salah satu kempen jenama dUCk yang membawa pengikut-pengikut mengembara secara alam maya di sosial media. Seluruh koleksi ‘The Nisa dUCk’ dilancarkan oleh pengasas dUCk, Vivy Yusof secara berperingkat pada Mac 14, Mac 19 dan Mac 25.
Artikel Berkaitan: The Heritage Duck Beri sentuhan Legasi Warisan Lebaran Ini!
See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Jennie Tampil Cool Dengan Cermin Mata Ray-Ban
BY Tyraa Bahari
Apr 15, 2026
Aksesori Mewah Yang Mengikat Simbol Cinta
BY Tyraa Bahari
Apr 14, 2026
Nora Danish: Babak Paling Bahagia
BY Aizat Aidid
Apr 13, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026