Loading media...

Unable to load content
Song Couple Umum Cerai, Ini Fakta Anda Perlu Tahu Tentang Penceraian Song Joong Ki & Song Hye Kyo
GLAM Mendekati Barisan Pereka Fesyen Generasi Kreatif Kini
#OOTD Kuala Lumpur Fashion Week 2018 Day 5!
It Couple Pilihan GLAM #MostGLAM2016
Kot Trench, Ikon Burberry Buat Selamanya
Home > Fesyen > Le Pliage Re-Play; Satu Usaha Menjaga Kelestarian Alam

Le Pliage Re-Play; Satu Usaha Menjaga Kelestarian Alam

Longchamp mengambil inisiatif menggunakan lebihan fabrik Le Pliage® dengan menghasilkan produk terhad Re-Play!

Berpaksikan dalam misi menjaga alam sekitar dan tidak mahu membuang lebihan kanvasnya, maka Longchamp melahirkan koleksi Le Pliage® Re-Play. Ia hadir dalam tiga produk yakni beg vertikal, beg bahu serta beg pinggang. Uniknya, setiap beg ini menggunakan lebihan fabrik kanvas dan digabungkan dalam dua yang berbeza. Mencipta gaya pop terkini bersama Longchamp dan ia cukup praktikal untuk digayakan.

Dek kerana bahannya diperbuat daripada lebihan kanvas, maka setiap koleksi ini adalag edisi terhad. Serta munkin tidak akan diulangi lagi. Seharusnya ia menjadi collector’s item buat peminat Longchamp. Apatah lagi kita tahu yang Le Pliage® ini cukup tahan lasak dan berkualiti.

“Made from our end of the roll fabric. It is not a bag. It is Le Pliage® Re-Play.” Ini adalah tagline yang dipilih oleh Longchamp dalam mempromosikan himpunan terkini mereka. Video menunjukkan model tidak membuang lebihan fabrik kanvas dan sempat mereka bermain dengan gelung kanvas. Koleksi ini hanya boleh didapati di butik Longchamp yang terletak di The Gardens Mall, Pavilion KL and Suria KLCC.

Artikel Berkaitan: Dominasi TB Summer Monogram