Longchamp Raih Pengiktirafan B Corp
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full Bio
Longchamp Dan Manifesto Lestari Yang Diperakui B Corp
Lebih daripada sekadar rangka kerja, B Corp menjadi cerminan komitmen yang sentiasa hidup dalam DNA jenama ini. Longchamp Family dan Made by Longchamp berdiri sebagai dua tunjang utama yang menggerakkan falsafah tersebut. Longchamp Family meraikan pasukan, kepakaran dan nilai kemanusiaan yang menjadi tulang belakang rumah ini. Dengan 68 peratus pengurus terdiri daripada wanita, inisiatif seperti Mission Handicap dan Women program menzahirkan sokongan terhadap pembangunan profesional, kesejahteraan, pencegahan kanser payudara serta bantuan kecemasan kepada mangsa keganasan domestik. Di samping itu, Longchamp turut menyokong dunia seni dan kreativiti melalui kolaborasi bersama NGO Anaka, penglibatan dalam panel juri ANDAM serta projek bersama jurugambar Thandiwe Muriu dan pameran seni yang memperluas akses kepada khalayak.

Made by Longchamp pula mengangkat warisan ketukangan sebagai inti pati penciptaan. Berstatus Entreprise du Patrimoine Vivant, ia ini menitikberatkan pemilihan material yang lestari dan boleh dijejak, termasuk kulit yang disahkan oleh Leather Working Group dengan majoriti mencapai taraf Gold. Setiap produk menjalani analisis kitar hayat sebelum dilancarkan, memastikan prinsip kemampanan terjalin sejak awal proses rekaan. Koleksi Re Play yang diperkenalkan sejak 2022 menghidupkan konsep anti pembaziran melalui penggunaan bahan lebihan arkib, membuktikan bahawa inovasi dan kesedaran alam sekitar boleh berjalan seiring tanpa mengorbankan estetika.

Komitmen ini turut diterjemahkan melalui polisi pembaikan yang aktif. Pada tahun 2025 sahaja, sebanyak 80 ribu produk diperbaiki melalui rangkaian 33 pusat pembaikan global, disokong strategi regionalisasi bagi mengurangkan jejak karbon pengangkutan. Dari sudut iklim, Longchamp mencatatkan pengurangan emisi sebanyak 9 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, dengan sasaran pengurangan mutlak 95 peratus bagi Scope 1 dan 2 menjelang 2033. Visi ini jelas, menghasilkan objek yang indah dan tahan lama bukan lagi pilihan, tetapi tanggungjawab terhadap wanita kontemporari yang peka terhadap isu zaman. Di tangan Longchamp, kemewahan tidak lagi sekadar gaya, tetapi janji terhadap masa depan.
Artikel berkaitan: Kehangatan Cocooning Longchamp SS26
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
